Thursday, January 8, 2015

3rd year of baju kurung challenge

Assalamualaikum and good day to you, yang tengah membaca :)
Good PR move, kan? hahaha.
Hopefully, first week of 2015 is treating you well, awal lagi nak gila atau nak meroyan.

Tahun ni, seperti tahun lepas lepas, first week of new year, aku memang jadikan amalan yearly untuk buat baju kurung challenge. Founder kepada challenge ni ialah emak aku, yang power gila, dia boleh teka apa aku pakai pegi kelas *masa tu aku still student degree*

Masa tu, umur aku 21, nak masuk 22, jadi emak pun kata, "banyak baju kurung, tapi tak pakai, nak bagi lipas makan ke? baju mahal, upah jahit pun mahal, at least pakai lah pegi kelas" aku macam biasa, kena lawan cakap mak sekali sekala, maka aku jawab, "kelas sejam sehari je, rugi pakai baju kurung, bazir sabun nak basuh" emak, dengan power nya jawab, "kalau nak jimat sabun sangat, tak payah pakai baju, lagi jimat" aku senyap dah time tu, cukup ah lawan cakap dia sekali sehari, nanti kena tulah pulak, ehehehe.

Dulu, masa zaman degree, aku ada unconscious mind yang akan mengulang baju every week. Meaning that aku pakai baju yang sama berulang ulang. And aku kena tanya roommate aku, bila last aku pakai baju kurung, since aku tak ingat pun bila last aku pakai. Aku kan belajar fast track 3 tahun je, maka, kelas aku banyak sampai baju apa aku pakai is not that important.

Lepas buat penyiasatan sikit, it is true that aku ada banyak baju kurung, sangat banyak. Tapi, aku sangat jarang pakai baju kurung. Ada masa je aku pakai, macam aku jadi runner majlis rasmi, aku pegi exam, baru aku pakai. So, why not, aku sahut cabaran emak aku, tapi to do it all year round, aku tak yakin. aku ni kalau malas menguasai diri, memang out of imagnation. so, aku cakap kat emak aku, aku buat for a week.

Then, year after that, aku punya baju bertambah, since kakak and abang aku suka belikan aku dengan emak aku baju yang lebih kurang sama. comel diorang kata. aku memang cutie pie kat rumah, padan muka aku baju makin banyak.

So, today is the last day of the challenge. Lucky for me, mingu ni ada empat hari je so aku cuma kena pikir 4 helai je baju nak pakai. Maybe for some, senang je nak pilih baju apa nak pakai. Tapi, sebab otak aku dimanipulasi oleh subconsciousness, aku sangat senang untuk pakai ambik je baju yang aku dah pernah pakai, sebab my brain remembered those baju (read: tshirts, cardigans, seluar). Baju kurung pun sama, aku selalunya akan pakai yang sama bila mood baju kurung aku datang. So, untuk tahun 2015, aku pilih 4 helai baju yang paling best dan ada meaning, since aku buat challenge ni setahun sekali kan. 4 baju betruah tu consists of baju yang aku beli sendiri guna duit sendiri, baju hadiah emak on birthday, baju beli kat oversea, dan baju konvo.

Untuk keep on doing this (pakai baju kurung) is hard. Sebabnya, bila aku bangun, selalunya aku terus jump on what to do today, lab, meeting dengan sv, report, progress, dan lain lain aku tak ada masa nak pikir harini nak pakai apa dan sebagainya. bila macam tu, aku pakai rembat je apa ada dalam almari. DAN AKU MALAS IRON BAJU. itu kenyataan. Nanti ada husband, pandai dialah nak iron, aku malas, hahaha. seminggu ni aku suffer gila sebab aku tiap hari lewat pegi lab, sebab aku kena amek masa lama gila nak iron baju. Teruknyaa perangai aku hahaha.

Emak suka aku pakai baju kurung, dia kata aku comel. hahaha. That is why aku buat this challenge every year, dan aku make sure dia tahu apa aku buat, well, tak perlu bagitau, dia tau sendiri.

Satu yearly challenge dah selesai. Going on to next, go gooo!!~

Have a nice week and even nicer weekend, ;)

2 comments:

  1. Alaaaa, citer je apa barang...
    Belanja arr satu dua gambar baju kurung...hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Imagine je sudahlaa..aku mana pandai selfie..puhahahaha
      Ke kau merujuk kpd gambar baju kurung sahaja aku takde? Hahaha

      Delete