Saturday, March 18, 2017

kisah managing difficult situations

harini aku ada training soft skills. managing difficult situations. memang aku mengaku lah, seminggu ni memang agak mencabar bagi diri aku. selain dari aku kena masuk kerja shift awal, dan aku tak cukup rehat dan aku kena pressure lagi sebab nak kena audit regional dan juga masalah lain lain

emotional lid meletup last week in the middle of week, memang sakit gila aku nak habiskan minggu tu, bagai nak gila. 

kena sikit je dengan customer atau kena audit soalan pelik sikit je aku terus nangis on the spot. banyak kali pulak tu. kena audit for 3 days straight dan mext week kena cross audit lagi. ni kalau tak lulus APEC audit aku taktau nak cakap apa lah mock audit buat sungguh sungguh sampai PM leave semua kena beku. dengan kpi performance aku drop nya, dengan aku nak kena perform untuk pegi iata training nya, dengan group sosial nya, dengan csr nya. 

berbalik kepada managing difficult situations tadi, ada satu module tu, dia suruh list kan positive and negative keywords on a fight between partners. 

mula mula buat, rasa macam ada ke positive keywords? bila dah makin faham on the module, baru boleh nampak. 

there is always two sides of everything. as much negativity as you can see, there is always positive attributes as well. which makes me reflects back, dengan situasi emosi aku sekarang. 
aku sentiasa cakap, all of us have different demons and insecurities that we need to fight each day; cuma maybe aku tak nampak orang lain punya demons. i had never put myself in his shoes.

rejections hurt. macam mana pun kau prepare mental kau, in my case aku prepare sebulan lebih, internal battle makes you weak. your brains knows that your heart is reckless tapi hati tetap menang jugak. 

healthy relationship needs both of us to work. i cannot do all the work while you just wait for your storm to pass. itu memang mustahil. and we need to work on our individual storm. 

dr F pernah kata yang aku ni bukan person's person. maksudnya not many will like me. i am difficult to work with and even harder to live with. nak cari roomate atau housemate yang ok dengan aku pun payah. 

among the things that i remembered that i mentioned to him was; I did not make him react to me the same way he did to me. dia pun setuju. he cares for me, but it is not enough to initiate anything. kalau nak translate roughly, care here means macam care as a human being sesama umat manusia. 

if rejections hurt, road to recovery lagilah melampau lampau teruknya. i barely survived with a lot of coffee, hot chocholate, donat, chocolate bars, and more chocolate. kenapa chocolate? sebab i need the hormones to make me happy. even after all the hrmones booster pun aku still ada rasa nak nangis tetibe lagi. 

yang bagusnya, aku banyak gila kerja sekarang. non stop sampai next month.

like every storms that had come my way and had passed me, this one will also passed. if i ever learn anything from this experience, there are some things that were not meant to be and cannot be changed walau banyak mana willpower kau ada sekalipun. macam mana kau control freak sekalipun, kalau dah dia is part of your life for more than one year (see, i counted that, i even remembered the date) you will need to have closure. like the previous one, i did all i can. benda still tak jadi, so i have to let go and move on. you will never know how precious it is until you lose it. maybe aku memang selamanya boleh rasa je, tak boleh dapat semua terus.

cuma aku nak minta maaf, aku memang wanita petty yang suka balas dendam jugak. sejak aku tau dia stalk aku, sengaja aku letak caption menyakitkan hati dia. aku nak dia tau, aku tengah sakit hati, aku nak dia rasa yang aku memang tuju ayat tu kat dia. aku tau dia pun tau. dah alang alang dia taknak kat aku kan. 

aku delete messaging apps tu, pastu bila aku nak install balik (perempuan kan suka drama) dah tak boleh. lepastu aku stress, aku pegi cuci toilet. petty kan aku? aku tak makan langsung benda yang dulunya aku suka makan dan dia pun suka makan jugak. aku harap hantu kejar dia hari hari and kacau dia kat office. aku harap mata dia bengkak macam mata aku hari hari. 

kalau aku boleh pilih, aku taknak ada langsung perasaan macam ni. tapi, dugaan orang lain lain.
more than that, aku harap leapsni aku okay balik. aku harap aku jadi dewasa macam yang aku nak dan aku harap aku boleh tengok dia and betul betul happy serta ikhlas seikhlas ikhlasnya. 





Sunday, March 12, 2017

pre planned holiday

baru baru ni, cousins aku ajak pegi holiday. aku pun on je, sebab dah hooked on pegi berjalan kan ahaha. aku ingatkan bulan depan ke nak pegi rupanya diorang plan tahun depan bulan 3. Pergh, gila lama lagi!

siap ada group whatsapp, plan bajet bagai. lagi sekali, pergh!

aku bab pre-planning ni lemah. sesungguhnya top 3 benda paling aku tak suka buat. aku ni jenis yang seize the moment (cehh!) punya orang so bila aku kena plan untuk setahun akan datang, aku jadi mcm clueless gila gila.

nasib baik, aku ada cousins yang boleh diharap dan bagus bab bab planning ni. so, kerja aku hanya menabung (ni pun dia yang handle, aku just transfer je kat dia every month) dan mintak cuti untuk pegi holiday. that's it. dari cari flight, plan timing, plan itinerary, plan duit nak bawak berapa kepuk, plan homestay, sampai tahap planning nak makan apa semua cousin aku buatkan.

sumpah aku tak reti bab planning ni. haritu masa first ever solo trip (yang aku tak move on sampai ke harini) aku tak fikir banyak pun, aku beli ikut hati je.

cuma, aku tahu laa aku pegi sana aku nak apa. then aku work on that je, macam haritu, aku nak duduk hotel best and nak pegi island hopping. so dapat lah dua dua. walaupun aku kena jalan kaki dalam satu km nak masuk ke area hotel tu.

there are a lot of things that can go wrong with a holiday sama ada kau plan atau tidak. cuma, atas kau lah macam mana nak tengok benda tu. aku jenis redho je, pegi then work from there. maybe stail aku ni susah sikit lah, kang kalau jadi apa apa kan payah, kau dah laa perempuan (ini sebijik ayat emak aku) cousins aku siap beli insurance, yang mana aku tak pernah beli (sila jangan ikut perangai ni)


honestly aku takde issues dengan orang yang betul betul particular pasal plan holiday dia. kawan aku ada sorang tu dia siap kira budget dalam dua currency; bila dia tahu aku tak plan apa terus pegi membuta tuli dia macam nak kena heart attack, lol.

cuma aku tak reti bila orang suruh aku buat benda yang sama. kau baca pengalaman orang dengan kau alami sendiri aku macam tak boleh nak relate. so, aku memang cakap honestly dengan cousins aku, aku tak kisah, tapi kau kena handle aku. aku tak pandai plan, kau plan semua aku on je.

nasib baik cousin aku termasuk dalam golongan menyayangi aku sepenuh hati, dia ok je.

tadi saja, diaorang plan nak beli tiket dari pukul 5 setengah pagi sampai 12  setengah tengah hari baru confirm beli. dari aku tak bangun lagi sampai aku nak habis kerja baru ada kata putus. nasib baik beli jugak.

lama lagi oii nak tunggu trip ni ada aku pegi dulu mana mana kang.

Sunday, March 5, 2017

overwhelming mantel

Hai, at the time aku tengah tulis post ni, aku cuma tidur dalam 4 jam je, coffee dah masuk cawan ke dua, on weekends (rule baru aku ialah no coffee on weekends) masih belum mandi, dan sedang buat kerja. Ya, aku bawak balik kerja office buat dekat rumah (which i agreed on not to do. EVER)

nampak tak? dah dua rules aku bent di sini.

benda alah social group ni agak bagi aku sakit kepala. tapi, ada jugak benda bagus yang jadi after social group ni, which aku sekarang dah dapat conversion to permanency position under 3 months probation. lepas 2 bulan aku join group sosial ni. sosial sangat kan?

tapi, ini juga bermakna aku tak boleh cuti selalu, dan aku juga kena keep maintain level quality aku at least 97% ; sembilan bulan jugak laa aku nak kasik performance aku 98%.

dalam masa yang sama, aku kena stay back handle preparation untuk sosial group; yang mana jadual takwim dia pack nak mampos. event lagi sebulan kena follow up, nak kena buat presentation bla bla bla. ada training, kena kerja 6 hari seminggu.

jangan salahkan aku kalau aku sehari minum coffee 6 cawan straight. kepala aku rasa mcm kena fried short circuit hari hari. dan kerja aku memerlukan aku fokus dan ingat semua benda, sebab obviously semua orang call dan tanya soalan macam aku ni tahu semua benda. they expect you to know the tiny fine details such as flights logs worldwide. yes. *insert eye roll disini*

i have been good so far. the emotional lid is still closed shut, takde over spilled walaupun ada beberapa kali dia threaten to over spill. so far, so good. the busy schedule keeps me sane, as always. aku memang jenis bila nak lari dari masalah atau ada masalah, masa tu lah aku pulun kerja macam esok tiada lagi atau macam company tu aku punya.

on other news, aku punya berat is constantly now at 39-40 kg range. makan kinder bueno macam makan nasik pun still takde nampak lemak tu ye. oh yes, dan thyroid hari hari sekarang ni bengkak.

benda yang paling aku rindu sekrang ni ialah, to drop my head on someone's shoulder, get a good bone-crushing hug, dan cabut mantel multitasking ni kejap. kadang kadang overwhelming sangat,

which i can't do.

Saturday, February 18, 2017

krabi trip dan mr amazing

assalamualaikum semua!

dalam post lepas aku ada cerita yang aku nak pegi krabi kan?

ada jugaklaa dalam seratus kali aku fikir nak pegi ke tanak pegi ke nak pegi ke tanak pegi ke berbolak balik hati aku ni dah macam feri.

kenapa berbolak balik? yang pertamanya sebab idea aku ni tak berapa nak disambut baik oleh orang di sekitar aku. ramai yang mcam terkejut gila gila bila aku nak pegi. terkejut takpe lagi, sebab aku pun terkejut gak dengan diri aku, cuma terkejut dan bagi respon negatif tu macam tak berapa nak best. if you have nothing good to say, say nothing at all, kan?

akhirnya, aku pergi jugak, mengejar impian dan angan angan aku, dan alhamdulillah, it was a great eye opener and a great start for my adventure overseas!

dan aku juga ditakdirkan untuk jumpa dengan ramai orang yang baik baik hatinya, dan mulia semuanya. solo trip yang aku plan memang kelaut perginya; sebab kat Malaysia lagi dah terjumpa geng! ahahaha

perasaan? tak mampu aku nak describe dengan kata kata. Except for ada customs checkpoint, aku macam tak rasa pun aku pegi ke negara lain.

aku sendiri rasa terkejut dengan diri aku, there is a streak such as these in myself. i guess this is why orang asyik cakap kau kena pegi travel solo, baru kau jumpa diri kau , cewahh!

hari pertama aku sampai, i need to keep reminding myself that i am in krabi, the place where i always dream about. cuaca dia sebijik macam malaysia. bak kata geng acik acik, macam kat kuala kubu baru je pemandangan dia, minus the beaches.

aku dapat pegi krabi town night market walaupun dalam hujan. dan aku dapat pegi island hopping trip yang sangat best. plus, hotel aku duduk tu sumpah best gila, aku siap tulis review! berbintang bintang aku kasik!

*more pictures ada dekat instagram dan facebook aku, yang mana aku malas nak share, hahaha*

macam biasa, aku kalau pergi mana mana mesti jumpa orang yang best best kan? ye, trip ni tak terkecuali.

selain dari jumpa geng acik acik dan geng bodyguard, aku jumpa seorang manusia yang bagi aku re write the definition of love at first sight.

from the moment aku jumpa dia, until we said our goodbyes, it took 15 mins je. 15 minit tu aku rasa macam kenal dia dah 15 tahun. he was 3 hours away from where i stayed, and yet he did willing to come and meet me for the last time sebelum aku balik malaysia. its been years since i met a guy and like them. bila dia ckp dia sanggup datang tu, aku macam seriously? just to see me? that, kawan kawan semua adalah revelation bagi aku. walaupun technically, dia tak boleh datang sebab masa tu dah pukul 6pm, and no boats available dah. effort tu, bagi aku nangis. serius. tahap dia pegi receptionist hotel dia and tanya ada options lain lagi tak for him to come to me. he come to me, ok bukan the other way around. mula mula i don't even want to talk to him, but since aku rasa mcm aku kena be nice sebab wei come on semua org ingat malaysian nice kot. after that 15 minutes talk, dan dia kena hopped on another bus; aku dalam hati pun berkata, "you are hooked now, mashytah"

well, aku rasa feelings tu mutual, kot, since dia mintak phone number aku, dan we keep in touch almost immediately. cuma ada satu masalah kat sini. dia mat salleh, dan dia duduk di negara yang time difference dia ialah 8 jam beza dengan malaysia. sampai sekarang we do keep in touch, bila bila masa malaysia dan masa london overlap. almost everyday, considering the time difference.

even kepala otak aku tau that this won't work between us, no matter how explosive the chemistry is, hati aku tetap bangang dan bodoh lagi. biasa laa hati perempuan, korang kene faham.
macam biasa lah, perempuan kan suka emo dan fikir complicated. tambah tambah bila situasi macam ni. i always meet the wrong people; i just have to man up and continue living. walaupun it means that i need to go for a lot of coffee and i wallow in self pity songs bawah selimut.

situasi sekarang? i cannot think of krabi without thinking of him, and i keep on being reminded of his eyes when he looked at me. aku tau this sounds so silly coming from me, tapi bila kau tengok mata dia kau rasa macam ada fireworks meletup letup dalam hati kau pastu otak kau lupa apadia kau nak cakap tadi. literally paused mid-sentence.

aku sentiasa percaya bahawa Allah swt jumpakan aku dengan semua orang dalam hidup ni untuk tunjukkan sesuatu, untuk aku belajar sesuatu, semua ni ada hikmah, termasuklah jumpa dengan Mr Amazing. LOL.

i will recover from this, aku sentiasa doa supaya hati aku ditutupkan untuk feeling yang aku tak boleh handle, and sadly, love is something that my heart is totally unable to handle. proved that long time ago. maybe my meeting with mr amazing adalah untuk bagi tahu aku bahawa as much as i do not want my heart to feel, it still will feel bila it meets someone whom it likes, and benda tu memang aku tak boleh kawal. cuma lepas hati aku run riot, otak aku dan rationale aku yang exhausted trying to put back all the pieces dan gam balik hati aku. well, fragile kan, sikit je hacur terus.

i grown up a bit after this trip. this is something that i will always cherished. and krabi will forever be that special place for me. as for mr amazing, aku tak tahu berapa lama lagi aku nak recover dari semua ni, but you will always be that special one that i met during the most memorable time of my life. *boleh tulis novel dah aku ni*
ok, aku kena sambung nangis bawah selimut balik, sobs

Saturday, December 17, 2016

end year review

Assalamualaikum semua! lama gilaaa dah tak buat new post. Bukan tak teringat, tapi bila kau dah balik lepas seharian kerja, sesak sesak dalam lrt bagai pastu sangkut lagi dalam jem, balik tu kau memang ingat nak tido je.

Tahap malas dia sampai sanggup bangun awal pagi demi nak iron baju, itupun kalau rajin demi nak tidur awal. pukul 9 ok aku tidur sekarang. itupun kadang kadang ada yang mengacau tidur berkualiti aku. hahaha

back to the main topic here; tahun 2016 ni banyak benda yang jadi, mengalahkan drama tivi aku rasa.

selain dari aku dah up level menjadi wanita bekerjaya *pehhh!* ; aku juga telah :

1) berjaya ada passport

ini big achievement ok! sebab aku ni seorang yg suka berangan, maka, aku pernah berangan nak save overseas trip untuk aku dan suami aku. Disclaimer: masa aku ada angan angan ni, aku ada calon, sebab tu aku sungguh sungguh pegang azam ni.

Oleh kerana aku dah passed 4 tahun jadi loner, aku rasa dah sampai masanya aku kuburkan je angan angan ni. masa aku first buat angan angan ni, peh aku rasa aku romantik gila! hahahaha pastu bila aku fikir balik, ahahai, geli geleman.

lagipun nanti kalau company aku nak hantar aku oversea and aku takde passport takkan aku nak cakap, oh saya taknak pegi overseas trip. gila kau? dahlaa company aku ada banyak branch di serata dunia, cehh

2) i'm going for a solo trip

ini kira achivement tahun ni sebab aku dah start beli dan prepare untuk trip ni tahun ni lagi even tarikh dia is tahun depan. teka mana aku nak pegi? yes, krabi. kepada yang dah lama kenal aku, mesti tahu aku memang ada angan angan (kan aku cakap, aku ni memang kuat betul berangan) untuk pegi honeymoon kat krabi. ni angan angan paling lama aku pernah ada, sejak dari zaman sekolah menengah form 1. aku memang attached gila dengan angan angan ni, sampaikan bila kawan aku kahwin semua aku suggest pegi honeymoon kat krabi.

bila aku kata solo, maksudnya memang aku pergi sorang. buat masa ni itulah plan dia. unless aku boleh kahwin sebeblum feb, which i don't think so. masa aku kerja public holiday haritu, aku scroll air asia go, dan aku nampak ada 75% DC, maka aku terus beli je . hasilnya, aku punya trip hotel dan tix cuma 5++ plus gst.

cuma, bila aku cakap kat member member aku, aku nak pegi sorang, dia punya reaction priceless gila, " tak pernah pegi oversea and hang nak pi sorang bla bla bla gila ka apa wei bla bla bla lagi" dan ini berterusan selama beberapa hari.

aku ajak je kawan kawan aku, tapi takde yang nak follow. maybe ramai yang fikir reckless gila dia ni. tapi, aku rasa, kalau aku tak mampu nak handle pegi trip solo 3 hari 2 malam ni, macam mana aku nak pegi korea jumpa lee kwang soo? maka, bila memikirkan senyuman manis kwang soo oppa, aku jadi berkobar kobar balik. hahaha, ok over sungguh. dan lepas tu aku nampak dr beni pegi trip euro sorang sorang aku pun rasa ok je dia pegi kenapa aku tak boleh, kenapa? dan aku jugak harap sangat nak pegi jumpa nanthini dekat aussie, sebabtu aku kuatkan jugak hati aku nak pegi training kat krabi ni. kalau aku lepas pegi krabi, maka aku boleh menghadap Melbourne, dan dapat jumpa nan yeah!

aku sungguh tak percaya, yang semua impian aku yang aku simpan nak buat bila aku ada plus one ni semua dah on the way untuk berkubur. ini termasuklah, nak minum coffee sambil tengok sunrise, yang aku telahpun capai dekat port dickson baru baru ini. port dickson je oulss takyah pegi jejauh.

3) aku sekarang upgraded menjadi ios user

yes, aku beli iphone. sebelum hang semua kata aku kaya, no, iphone aku ni 2nd hand, bayar installment. gila nak bayar seketul, mau kena puasa maka sayur timun je. phone aku yang lama, sikit lagi nak tanggal belakang dia, siap aku pakai selotape haa. masa aku tukar pakai postpaid haritu, brader tu siap cakap, kena tukar baru ni, sebab reception utk 4G takde. ciss. sekarang ni alhamdulillah aku dapat merasai 4G LTE dengan gembira dan bahagia.

yang penting, semua ni aku buat selepas careful planning and deliberations. hampir aku tak jadi buat passport haritu, sebab aku tau diri aku ni tak boleh harap, bila dah ada passport mesti asyik nak jalan je. macam kena heret jugaklaa dengan joanne masa tu, sambil dia buat muka macam , man up mashy! jangan jadi lembik! sama jugak dengan masa planning trip ke krabi, banyak kali aku fikir sebelum decide its time!


kesimpulan:
ada banyak benda lagi yang jadi tahun ni, cuma aku decide nak tulis yang best je takmau tulis yang depressing dan stressful.


Tuesday, September 6, 2016

dear mashy

Hai mashy. Semenjak dua menjak ni murung benar ye? Banyak dugaan dan cabaran kan?
Lepas satu, satu yang datang. Belum sempat settle satu, satu lagi datang.
The last time you ever cry as bad as today was 3 years ago. Lepastu selalunya kau takde laa teruk sangat, menangis dua titik pastu okay.

mashy, ingat tak lagi masa mula mula nak sambung study dulu? Takut kan. Takut buat pilihan yang salah. Takut kalau tak boleh habis. Takut takde dut nak bayar yuran. Takut macam macam. Masa tu apa kau cakap? Pilih apa pun, ada jugak cabaran dia. I am so proud of you at that time, you know. Dalam keadaan yang tak tentu, dengan beraninya, kau decide untuk sambung lagi. That was the best moment of your early twenties. masa tu kau baru 21 tahun. brave and reckless, hahaha.

ingat lagi masa kena pindah duduk usm? You drove alone back with all lab stuff, esoknya pegi drive ke kelantan, takde plan apa. pegi buta, Because you believe that the lecturers know better. You were so brave. I am so proud of that as well.

ingat lagi masa enam bulan pertama buat labwork kat usm, semuanya tak menjadi? masa enam bulan tu, kau tak pernah ponteng atau mengelat pegi lab. cuti umum pun kau ada dekat lab. siang malam. hari hari. sampai pak guard usm pun kenal. semua tempat dekat usm kau tahu, dalam masa sebulan je. masa tu sampai tahap botak kepala, sebab stress melampau lampau dan tak cukup rehat.

ingat tak masa lepas enam bulan tu, kau rasa macam nak berhenti sebab asyik buat benda sama tak jadi jadi? tapi, masa tu kau rasa sayang, sebab baru enam bulan. kena usaha lagi, takkan nak biar duit taxpayer sia sia,kan? 500k. banyak. jadi, kau come up dengan idea 6 days work, 1 day off.

ingat lagi masa kau homesick dekat setahun tak balik? ingat lagi bila kena kata, dah lupa jalan balik rumah sendiri? sakit hati kan. ingat lagi masa dapat cuti raya dua hari je? sedih kan.

lepas tu mashy, ingat lagi masa paling kritikal tahun lepas september? ingat lagi macam mana kau merayu dengan prof arif dengan prof tan supaya bagi kau register kelas diorang? ingat lagi kau desperate gila sebab tu last sem untuk ambil subjek? Naik turun bangunan sebab nak kejar deadline?

lepastu datang bad news, pasal dia. ingat lagi kau nightmare almost every night sebab fikir macam mana kau nak survive tanpa biasiswa? sampai sanggup buat part time mengajar tuisyen setiap masa kau free? setiap malam, setiap hari, sabtu ahad included?

dan akhirnya, sebab kau dah tak nampak jalan lain, ingat lagi macam mana kau decide nak kerja sebab dah tak ada other means untu tanggung kau dan study kau? masa tu, adalah antara masa paling perit, kena pilih antara apa kau nak dan apa kau perlu buat, masa kau decide nak kerja, demi nak sara diri dan cita cita kau, masa tu adalah masa yang aku paling bangga dengan kau. berani sangat kau masa tu. ingat lagi masa interview dgn boss rozie, bila dia tanya apa ultimate impian kau, dan kau dengan bangganya cakap kau nak jadi saintis? dan sampai skrg boss panggil kau mashytah, new hire yang nak jadi saintis.

lepas kerja, kau kena balik tulis thesis, edit paper. masa tengah kerja, curi curi download journal baca. bila boss lalu, cepat cepat tutup. macam mana kau nak maintain kualiti kerja lagi, mana nak curi baca journal bawah meja lagi. sampai tahap kau cakap, dapat tulis dua ayat pun cukup dah. dua ayat sehari.

sampailah sekarang, bila kau kena macam macam. benda yang tak perlu kau tanggung pun sebenarnya,

apa yang aku nak cakap mashy, kau dah buat banyak benda, kau dah korbankan banyak benda jugak. tiga tahun ni, kau buat macam macam. untuk study kau, untuk hidup kau. your happiness does not depends on other people mashy.

misal kata kau kena terminate sem ni, ingat laa kau dah usaha macam macam supaya kau dapat sambung. berapa banyak borang dan surat yang kau buat? tak terkira. kadang kadang, mashy, kita cuma dapat rasa pengalaman study, tak dapat rasa pengalaman graduate. kita dah buat macam macam, tapi makin kita usaha, makin jauh benda tu dari kita,

walaupun kau kena terminate, kau still boleh bangga dengan diri kau, jauh dah kau pegi, banyak dah kau dapat. sekali lagi aku ulang mashy, your happiness does not depends on other people.

kita dah usaha, tapi kuat mana pun kita usaha, kalau bukan milik kita, tetap takkan dapat juga. Ada yang lagi baik mashy.  Aku tulis semua ni untuk bagi kau sedar, you have a lot to be proud of, and this definitely did not come from a loser that you think you are. you can get through this mashy, be strong!

Saturday, September 3, 2016

selamat datang ke persimpangan tiga segi

Assalamualaikum semua.

Sehingga post ini ditulis, aku masih lagi consider nak sambung study sem depan atau tidak. Last day register is besok, 4 sept. Masih lagi dibelenggu dengan masalah segunung, yang tak nampak macam nak settle, masalah aku bertambah pula dengan copyright issues.

Sebenarnya, memang kalau nak kira, aku ni kes sikit je lagi nak habis. Labwork dah takde, tinggal nak sumbit thesis je lagi. TETAPI; jeng jeng jeng.. Nak submit thesis perlu ada supervisor committee. Iya tuan tuan dan puan puan sekalian, itulah masalah aku. Supervisor benti dah lama, tapi paperwork masih belum lulus untuk gantikan dgn supervisor baru. Sudah makan masa enam bulan. Last semester, aku bayar yuran bodo sahaja semata mata nak bagi status student aktif, demi untuk proceed dengan paperwork nak tukar supervisor. Lastly belum lulus pun. Kecewa? Yang teramat.

Dapat supv baru, dia buat plant study. Aku buat animal study. Dia tak boleh tolong banyak, cuma dia janji akan tengok thesis dan draft paper aku (draft ni berusia dua tahun ye)  dan cuba untuk bantu aku graduate. Yang aku perlu cakap, aku hargai. Imagine, ini kes macm kena buang dengan family. Jumpa orang tepi jalan yang kesian dan nak tolong. Tapi dia pun susah juga, tetap dia nak tolong kau. Tak ke terharu?

Long story short, aku perlu ada satu publication, bukan aku 1st writer pun takpe asal ada nama aku. Biarlaa nama ke seratus lapan puluh pun takpe, asal hado. Dan publish. Maka, aku bagi laa draft paper aku yang dah dua tahun tu dekat supv baru. Bagi dia baca, walaupun dia buat plant study. Aku dah fed up sebenarnya dengan paper ni, aku punya misi nak publish dan grad, dan nak blah dari messy business ni. Aku dah tak tengok dah nak publish 3rd quartile ke 1st quartile ke projectile ke apa ke. Misi aku nak publish je.

Dah ex supv aku buat drama pulak. Tak bagi publish atas nama aku, konon paper tu bukan paper aku. *masa ni dia dah takde kena mengena dengan aku, sebab dia dah rasmi letak jawatan* Aku pun tak bodoh piang, nak publish sorang sorang. Ada je nama dia dan nama semua orang yang buat projek tu aku bubuh. Panjang sekali dengan bin binti. If she cared enough to download and read the attachments yang aku email dekat dia, dia akan tahu bahawasanya nama semua orang ada dalam tu, dan paper tu aku eliminate part orang lain, aku cuma buat part aku sahaja. originally paper tu adalah combi antara dua mini projek, tapi member aku yang sorang tu sambutan dia macam dingin je, maka aku take action dan edit semula paper tu, dan eliminate part dia, sebab dia lembab benar. Aku bagitahu dia, aku nak hantar paper ni as assignment, dan aku nak edit semula bagi ada bahagian aku je, dia says okay, go ahead. Jadi bagi aku, tak ada masalah dah. Cuma nama aku tak buang, sebab aku rasa takyah kedekut sangatlah nama tu, nanti dia nak grad juga, pakai paper aku jela kita grad sama sama, kau untung aku pun untung. Benda bukan dapat duit pun publish paper ni, kawan kawan sekalian. Cuma dapat berkongsi ilmu je. Ilmu nasib baik takleh basi, kalau tak aku punya paper ni completely basi, sebab dah peram dua tahun.

Bila dia demand macam macam padahal dia ex supv, aku jadi emo. Aku pulak memang dah emo dengan dia dari dulu. Call aku masa aku masa aku tengah kerja. Memanglaa kau takkan angkat. Message tu aku boleh terima lagi.

Hati aku ni, tahap sakit dia, 99% hangus dah. Masa ni aku cuma ingat, dia ni, aku respect as orang yang lagi tua je. Kalau dia ni umur muda dari aku memang aku  balas masa tu jugak msg jangan kacau hidup aku lagi *drama sangat aku pun *

Bila benda jadi macam ni, aku memang tak ada hati langsung nak sambung dah. Aku rasa dah malas.
Dah tawar benar. Bila aku tengok balik results labwork aku, semua susah payah aku, semua titik peluh aku, aku jadi macam nak menangis, sebab aku takkan nak biar sia sia macam ni je. Setiap hari aku akan tanya diri aku, bila agaknya aku dapat graduate? Setiap hari. Murung tahu tak hari hari macam gini.

Ini baru betul persimpangan dilema.