Friday, July 18, 2014

maka, aku telah masuk zaman 23 tahun. seronok, siap google bagi wish lagi haha
it's a good start to another year, however, kita dikejutan dengan berita pesawat malaysia airlines mh17 kena tembak dgn terorrist. pehh, gaya abg aswad kat astro awani haha..jangan marah abang aswad, ini gurauan manja.
dalam 200++ penumpang tu, ada termasuk seorang student PhD neurosains, abang ali. no, aku tak kenal dia scara personal, tapi bila berita pesawat dari amsterdam tu ditembak, kami di neurosains semua mengharapkan arwah tak ada dalam flight tu. tapi, takdir Allah tentukan bahawa ajal abang ali sebegitu. bila confirm je kata abang ali adalah salah seorang penumpang, memang bergugran air mata, walaupun tak kenal rapat.
seharian, group watsapp neuro bercerita mengenai memori dengan arwah, sampaikan aku yang belum kenal dia rasa mcm kenal sangat dengan perangai dia. sampai satu tahap rasa sangat rugi aku tak sempat jumpa dengan orang sebaik dan se best arwah. Allah sayang orang yang baik, itu nasihat aku pada staff dan kawan kawan neuro yang lain, Dia akan jagakan abang ali untuk kita

dulu, masa insiden mh370, aku tak berapa terkesan dengan segala report media dan internet, mungkin sebab aku tak kenal sesiapa dalam flight tu. tapi kali ni, nak membaca artikel pasal mh17 pun aku tak sanggup, takut air mata jatuh sebab teringat pada arwah abang ali. bila bayang perasaan mak abah dia, bila terkenang cerita kak wan pasal arwah teringin nak bawak abah dan mak dia ke rotterdam utk konvokesyen, bila teringat cerita pasal impian dia nak establish master of neurophysiology. memang tak mampu nak tahan sedih. sekarang baru tahu dan faham perasaan org yang hilang orang tersayang pastu disajikan dengan berita di internet dan media. oh, harini post mmg nak tiru gaya abang aswad haha..

semoga keluarga dia tabah dan tenang.

dan selamat hari lahir kepada mama juga, 67 and still counting




No comments:

Post a Comment