Tuesday, July 29, 2014

entri raya

assalamualaikum Malaysia!!
lol, terbawa bawa mood gila minggu lepas, maafkan aku lah ye. di kesempatan ni aku nak mengucapkan
selamat hari raya, maaf zahir dan batin, ampunkan kesilapan dan ketersasulan aku selama kita kenal, dan doakan semoga kita bertemu lagi ramadhan tahun depan, dan aidilfitri tahun depan

dan doakan juga tahun depan aku beraya di kampung, setelah misi balik kampung tahun ni berjaya dengan jayanya.

kes lama sangat duk dalam jem, otak jadi beku, maafkan jelah ayat tunggang langgang aku ni

biasa sahaja raya tahun ni, cuma anak anak emak dapat dikumpulkan semuanya 8 orang. susah nak kumpul semua 8 tu, dan tahun ni dapat kumpul, alhamdulillah

dua hari sebelum raya, kami buat tahlil awah abah di rumah, kami kami je. alhamdulillah, tercapai hasrat emak, nak bertahlil abah di rumah sendiri dibuat oleh anak beranak sendiri

itulah aku cakap, family ramai mcm aku ni raya memang meriah, kalau sewa bas persiaran, tak cukup sebiji, kena sewa dua bijik baru muat lololol
dan hari ni, aku menaip entri ni di office, sambil buat lab, sambil browse tiket flight utk pegi bengkel minggu depan.

what a life, kan?

selamat hari raya semua!!

No comments:

Post a Comment