Thursday, October 9, 2014

#10 trivia_part1

#10trivia_personaliti
Assalamualaikum semua, hai!

start minggu ni sampai minggu seterusnya dan seterusnya, aku akan start pojek baru, #10 trivia. sengaja buat. sebab aku stress. ada orang pernah cakap, buat benda macam ni bagus untuk steam off. memandangkan aku banyak steam nak dilepaskan, maka ini perfect opportunity lah. anger managment ni sebenarnya.

jadi, untuk permulaan, #10 trivia aku ni start off dengan personaliti. personaliti aku tau ni, bukan orang lain punya. nampak banyak kan sampai 10, takpe baca kasi habis, nanti korang faham kenapa aku banyak personaliti. ni kira 10 shades ah. haha

#1 extremely extrovert
aku buat personality test, extrovert score aku is 37/40. kawan aku study extrovertism and intelligence, sekali pandang, dia kata kat dahi aku memang dah tulis extrovert, bold, capital letters. haha. kalau ikut apa yang aku faham dan baca, extrovert membawa personaliti trait seperti dibawah:

#2 leadership
aku tak ada masalah mengarah orang. aku juga tak ada masalah nak decide untuk sesuatu group, aku bukan stail perempuan lemah lembut yang asyik cakap, " ikutlah decision sape pun, saye ikut je" BIG NO. selalunya bila aku jumpa jenis wanita malu malu macam ni, memang awal lagi aku akan volunteer, sebab aku tau kalau tak sampai ke sudah takda decision konkrit. dahtu kalau duk " ikut awak lah" sampai tahun bila baru nak decide? aku boleh je duduk under orang lain punya leadership, tapi orang tertentu je yang boleh control aku. free spirit macam aku payah sikit, sebab tu aku tak kerja, lagi rela sambung master.

#3 open minded dan cakap terus terang
 kalau nak tanya pendapat aku, jangan lah harap aku nak jawab alas. selalunya kalau junior aku tanya, mintak pendapat, aku akan tanya, "kau nak aku cakap jujur 100% atau kau nak aku cover?" soalan ni penting, pernah ada yang menangis lepas dengar aku komen, sebab aku memang stail komen ruthless. kalau yang dah desperate nak mintak opinion aku, itu memang kira sangat berani, selalunya aku akan jadi orang terakhir untuk benda macam gini. principle aku mudah je, baik aku cakap terus terang, memandangkan kau yang tanya apa pendapat aku. ini free country apa. simple. oh, haritu aku komen buku abang jin, aku rasa dia macam tacing dengan aku. sorry bang jin, tak sengaja ter loud. haha. kesian dia, mesti dia ingat aku tak appreciate. aku appreciate, buku tu dalam plastik lagi, aku simpan dalam lab. siap aku lekat post-it note yang ada lukisan muka cEro kat partition aku. tengok, punya sayang, hahaha.

#4 detailed and appreciative
ini berkait dengan personality trait #3. bila orang mintak pendapat, aku akan tanya, "nak aku cakap detail ke nak aku komen atas angin je?" aku punya observation skill agak tinggi. kadang kadang ada benda orang tengok sekilas, aku tengok berkilas kilas. haha. mungkin sebab aku punya bidang kepakaran is lab dan research, so aku banyak develop skill observe. aku memang detailed. aku suka jadi detailed. seronok. macam ada accomplishment. haha. bila aku detailed aku jugak akan otomatik jadi appreciative. benda kecik kecik bagi orang lain, bagi aku besar. segaris senyum dari orang yang tak pernah senyum pada aku, aku ingat. hari pertama kenal, hari pertama makan sekali, macam mana kenal, apa yang dia cerita, semua aku ingat. sebab kepala aku memang setting dia akan collect benda benda macam tu. walaupun kawan kawan cerita sepintas lalu, aku ingat. sebab tu, aku boleh jadi sangat sweet bila aku nak, hahaha. aku syak sebab aku tak ingat apa langsung pasal abah aku, aku start jadi nak ingat semua moment dengan orang lain. aku syak lah. emotional scar maybe.

#5 loner
aku stail sorang sorang pun okay. masa study degree dulu, aku sorang je amek kelas swimming. orang lain punya pujuk aku amek laa kelas netball, boleh pegi sama sama. aku malas. alang alang upm bayar untuk instructor, baiklah aku amek kelas yang memang aku tahu mahal kalau amek kat luar. ikutkan hati aku nak amek kelas equin, tapi jauh gila kandang kuda, tak mampu nak jalan kaki. sama macam kelas language. orang lain semua tanya nak amek kelas apa, nak ikut kawan punya pasal. aku malas amek 3rd language. aku decide nak sharpen english skill, so aku sambung kelas grammar. lagipun aku nak bagi pointer naik, masa tu aku punya pointer turun sebab aku syok bercinta,  terpaksa amek kelas yang gerenti boleh score. nasib baik mampu dean list sem tu. hehe. lagipun aku ni kadang kadang tak sensitif, tak macam perempuan normal, so, ada tendency untuk perempuan lain menjauhkan diri. aku mengaku, kawan aku ramai lelaki, kalau ada perempuan, mesti perempuan tu extrovert jugak. haha. mungkin juga sebab aku loner, jadi, aku punya skill observation tinggi. takde kerja, aku suka jalan jalan sorang, sambil perati perangai manusia.

#6 baran
trait yang ini common. semua orang ada baran, cuma nampak dengan tak nampak je. aku perasan aku baran lepas form 1. mula mula aku ingat oh, ni rebel lepas dapat period, rupanya ni memang trait semulajadi aku, cuma bila baligh, dia enhance emotion. masa tu aku memang volatile, tiap bulan sebelum period, aku start perangai nak maki orang. omak aii, mulut masa tu asyik kene penampor sulung mak aku je, tak sedor diri. masa nak pmr, kena ceramah pastu kena clorox dengan kak long aku, baru sedar, ini darah baran lah ni. lepas tu aku start anger management. masa mula mula fail, pastu dah try and error banyak kali, ok sikit. dulu kalau kau marah aku stail sampai menangis nangis. sampailah sekarang, aku marah, antara nampak dengan tidak je, banyak nye aku makan dalam lah, sebab aku senyap je. banyak faedah dia bila senyap ni. satu, kurang dosa mulut. satu lagi, hati aku je sakit, takde kait hati orang lain. sekarang kalau marah, aku memang senyap, pastu melt into surrounding. pegi jalan, amek angin. tak tahan sangat, call lah sesape yang nak dengar aku cakap. tapi, option call orang tu aku tak buat selalu. manusia ni, macam mana dia cakap pun, dia akan ada untuk kau dan sebagainya, jangan percaya sangat. benda ada emosi ni, kadang kadang ok, kdang kadang tak. masa dia janji nak ada dengan kau tu mood dia ok, time dia berangin, pastu kau gedik call nak mengadu, memang kau jadi tempat dia steam off lah. angin jumpa angin, jadi ribut taufan ye adik adik.

#7 setia
ini applicable to all, friends and family. family aku jenis yang jarak umur jauh. kakak sulung aku je umur dah 50, memang tak lah dia nak tanya khabar aku tiap minggu. kira golongan warga emas dah kak long tu. yang ada umur tak jauh sangat pun bawak hal masing masing. tapi, since aku ni jenis yang setia, aku akan try ambil tahu. kadang kadang aku rasa aku abang dan kakak. masa bercinta pun sama. aku pernah bercinta serius sekali je, so pengalaman aku limited ah sikit. tapi, setahun aku bercinta dulu, memang aku setia betul. aku tak pernah buat benda belakang dia tanpa bagitahu dia. semua aku cerita, sanggup tak kawan dah dengan orang lain time tu. kawan pun sama. walaupun dia dah tak contact setahun, dua tahun, cari masa susah sahaja. aku tetap tolong jugak. walaupun dia kutuk belakang, cakap aku skema, masa susah aku tolong. jenis aku, kalau aku mampu, aku akan buat. kalau tak mampu tu lain lah. orang selalu ambil kesempatan, tapi itu aku serah pada dia. kalau dia kawan sebab dia nak gunakan aku, nanti ada orang yang berkawan dengan dia, buat benda yang serupa.

#8 manja
yang ini kena kenal lama baru tahu. aku susah nak manja, kecuali kalau aku betul dah selesa dengan orang tu. aku tak berapa suka dengan trait aku yang satu ni. satu sebab bila aku manja dengan lelaki, dia kata aku nak masuk jarum, pastu girlfriend masing masing menyampah dengan aku. pastu kalau aku manja dengan perempuan, diorang menyampah dengan aku. maka, aku adjust scale manja aku ni, subtle manja. tak selalu, tapi kalau lama lama nampak mana manja aku tu. aku bukan stail manja lentok sana sini. aku manja ikut lain, haha. dengan family, aku masih lagi adik walaupun umur dah 23. tetap bangun pagi mintak breakfast sambil gosok mata. masih lagi cakap ada bunyi budak. masih lagi mintak abang peluk. masih lagi mintak pipmin bila berjalan. masih lagi nak abang aku agah, pastu kekek gelak macam orang gila. so, tahap kronik jugak bila aku dengan family. ini family dekat je. buat dengan pakcik aku mau mintak penampor. abang dengan kakak aku pun layankan je, mungkin sebab dia kesian, adik dia nampak macam terencat. haha. semua orang dalam family aku manja dengan each other. abang aku walaupun dah kahwin, tetap minta aku buat milo untuk dia masa dia tengok bola. petang petang minta aku buatkan pisang goreng dengan air teh o. kakak aku kadang kadang minta aku sikatkan rambut, urut bahu, suapkan makan.

#9 independent
jangan ingat aku bongsu, aku manja, orang pampered aku. tak. dalam family, aku rasa aku kena paling teruk, semua kena buat sendiri, inisiatif sendiri. ambil lesen guna duit sendiri, beli barang dengan duit sendiri. beli kereta usaha sendiri. aku ingat lagi, aku pegi showroom perodua, cakap aku nak beli kereta, salesman gelakkan aku. aku takde laa sampai rasa dimalukan, cuma ada lah rasa nak marah skit masa tu. tapi aku faham, the situation is awkward. aku, dengan saiz macam baru lepas spm, dengan vokal nya cakap aku nak beli kereta. sampai sekarang salesman tu ingat aku lagi. aku juga pandai tukar tayar kereta, pandai lah jugak check sikit sikit. takde laa tahu bawak je. sebelum beli kereta tu, banyak jugak benda aku baca, pasal cc segala tu. segala transmission bagai. macam nak amek exam dah gaya. so, jangan try kencing aku pasal kereta. aku tahu jugak sikit sebanyak. tukar tayar tu terpaksa belajar, sebab ada sekali tayar bocor. bukak sendiri, hantar tampal, balik pasang sendiri. manual. guna tangan. ok, yang lelaki boleh dah malu dengan aku sekarang hahaha.

#10 ego
memandangkan aku boleh capai semua yang aku nak kalau aku usaha, dan selalunya aku akan dapat* selalu, bukan sentiasa*, aku ada ego sikit. ok, banyak. aku sangat pantang dengan orang yang compare male and female. mak aku besarkan aku sorang diri lepas abah meninggal, 22 tahun. bukan sekejap. jadi, bagi aku, kita perempuan ni kuat, tak perlukan lelaki untuk semua benda. oleh kerana ego ni jugak, dulu aku hari hari gaduh dengan ex aku. aku bukan jenis nak bergantung kat orang, independent, tahap yang kadang kadang boleh buat orang salah faham. orang akan ingat aku ego, taknak terima bantuan, tapi sebenarnya aku terbiasa. abah tak ada, jadi aku dengan mak kena belajar tukar lampu sendiri, plumbing sendiri, bayar bill sendiri, settle road tax sendiri, angkat tong gas sendiri. aku memang tak harap orang, aku rasa helpless bila aku kena mintak tolong orang. jadi benda tu lama lama develop jadi egoism. aku harap husband to be aku nanti, boleh lah tahan dengan aku, jangan lah dia ingat aku ni anggap dia tu hiasan semata mata. bila aku ego tinggi mcm ni, aku jadi susah nak berpura pura lemah. memang aku tak reti. nak sebut tolong tu pun dah payah.

jadi, #10 personality aku ni semua berkait kait. extremely extrovert, sampai satu tahap, orang ingat selfish. sentiasa nak di depan, sentiasa nak limelight. center of attention. pehh, stress pulak bila baca balik.
bila buat trivia macam ni, baru aku perasan, diri aku macam mana, dan kenapa kadang kadang orang lain layan aku macam tu. anger management? aku tengah marah pasal ada satu benda kat lab ni. haha. perasan tak aku tak tulis garang? well, aku tak rasa aku garang, aku cuma outspoken je. kadang kadang orang anggap aku garang sebab dia tak tahu apa maksud garang tu. kot. entah.

lepas baca trivia ni, ada rasa macam aku ni interesting tak? aku memang interesting pun, hahaha. kalau rasa macam nak tahu lagi banyak, doa lah aku rajin buat trivia lain pulak. kalau schedule lab tak tough sangat bolehlaa, buat bende ni kena banyak pikir.
next time mungkin aku buat #10 kelemahan pulak. kot. kalau rajin.

okay, that is it. jaga diri, selamat hujung minggu, Assalamualaikum, :-)

2 comments:

  1. Kebanyakan dr list di atas aku mmg ada, tap tak semua.

    Apa mende yg ko cakap dkat Ojin smpai dia tacing? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..aku pun rasa kau ada similarities dgn aku..jantina je lain..

      biasa lah komen komik haritu, lepastu aku cakaplaa apa yg aku rasa boleh baiki, cuma dia tak pernah nampak aku as che ta yang komen, dia selalu kenal aku che ta yang bangang..haha..semenjak tu dia selalu cakap aku ni banyak kompelin..ciss T.T

      Delete