Tuesday, October 7, 2014

cerita raya haji

Assalamualaikum semua. Harap semua masih selamat, belum kena strok atau darah tinggi sebabkan makan lembu banyak. dan juga harap semua masih lagi selamat, belum terlibat dalam kemalangan atau yang sewaktu dengannya. I don't really want to talk raya haji, but mainly, aku nak cakap pasal kejadian kejadian sepanjang raya haji.
Untuk raya haji kali ni, aku raya di Machang, rumah kak long. Jadi, dari kubang kerian nak pegi machang amek masa dalam 45 minit at most. Pergi balik, I almost jadi korban kemalangan 3 kali. So, kenapa boleh jadi macam ni?

Lepas aku ponder sikit sebanyak, dan tengok sana sini, aku dapat simpulkan ada beberapa sebab utama yang bagi aku adalah permulaan kepada kemalangan.

Selfish.
Sangat common. nak tukar lane, tak bagi signal, that is selfish. Nampak kereta nak tukar lane, kereta dah bagi signal, tapi taknak beralah, buat muka poyo, itu selfish juga. Aku banyak kali dah dalam situation where aku punya lane dicurik oleh pemandu lain, bila pandang ke muka pemandu, dia buat muka tak tahu. Oh man, rasa nak pegi pastu pecahkan muka dia. Ingat driver wanita ni senang kena buli? At least driver wanita berotak susah nak kena buli tau. Susah sangat ke nak tengok side mirror before tukar lane atau masuk simpang? Bagi aku, tengok side mirror tu memang benda paling basic. Sampai sekarang, dah setahun dapat lesen, aku still practice 5 saat sekali tengok side mirror, kiri kanan dan cermin pandang belakang. Memang aku biasakan macam tu ever since start bawak kereta kat KL lagi. Ok, aku tau, sangat bagus dan berhemah kan? Hiks.

Impatient.
Untuk try hypothesis ni, aku dah buat experiment. Masa traffic jam, apa yang berlegar di kepala kita? Most people akan fikir, kat rumah ada wife/husband/anak tunggu, ada mak/bibik buatkan makanan, nak mandi hot water, nak pegi mydin beli garam, dan sebagainya. Ok, pemikiran macam gini akan menyebabkan kita rasa nak balik cepat, dan jadi kurang sabar/tak sabar langsung. Lepastu mulalah hon orang depan suruh gerak, nak marah, mencarut pun selalu, kadang kadang perempuan pun mencarut juga. Ini semua bukti kita ni tak sabor, tak nyempat. Gelojoh.
So, aku lebih galakkan orang yang stuck dalam jem tu fikir, ada sebab dia jem ni, kereta banyak, semua nak balik rumah, semua penat dan letih, so, tak perlu lah hon, mencarut dan marah marah. semua orang ada tujuan dia, so, kita just folo jelah jem ni. misal kata jem sebab accident, sabar lah kejap, ambil masa nak clear kan keadaan. See? u can be someone with empathy instead of someone with emotion. Lelaki mencarut dan hon aku oleh terima, walaupun aku tak suka, tapi melalui kefahaman aku, lelaki kena steam off marah. Tapi aku pantang betul perempuan, hon dan maki serta mencarut. Muka cantik, kereta mahal, manner langsung takdak. Aku tak nafikan, kadang kadang aku mengamuk jugak bila bawak kereta, terutama bila ada orang carik pasal, tapi, aku sedaya upaya takkan marah dan sedaya upaya takkan carut. Berdosa. Kau nak esok lusa cari balik orang tu dan say u are sorry?

Pagi tadi aku hampir accident dengan kereta alza ni, dia bawak laju gila. To me bawak laju tu tak salah, tapi, biar lah cerdik. Kalau kau dah nampak lampu merah kat depan, dengan kereta banyak, tak perlu lah nak menyelit dengan laju nya. Yang bawak, perempuan, dekat belakang kereta penuh sticker, aku tak sure macam mana dia tengok belakang. Aku stay ikut belakang dia lama jugak tadi, aku tak perasan langsung dia pandang cermin sisi sebelum tukar lane. Ini spesies bawak kereta full concentration tengok depan sahaja. Bila dekat traffic light, ada masa pulak check mekap. Memalukan perempuan sungguh.

So, apa yang aku nak cakap is, accidents can happen, yes, tapi kita boleh prevent dengan banyak cara, dan sikap kita masa di atas jalan raya is one of the ways to cut accidents rate. Semua yang berkereta ni bijak kan? Beli lah kereta 10 airbags pun, kalau bawak kereta macam orang tak ada otak, tak bagus juga.

Take care, Assalamualaikum.

4 comments:

  1. Aku pernah baca dekat satu buku ni,
    katanya 'Manusia akan tunjukkan perangai sebenar bila minum kopi panas dan semasa atas jalanraya.'

    So, kalau kuat carut kita atas jalan, maka itulah kita.
    Aku pun boleh tahan kuat maki jugak atas jalan...hehehe

    ReplyDelete
  2. buku apa? haha. kalau boleh kurangkan la maki tu. maki org masa drive ni sebenarnya mcm maki diri sendiri jugak. sbb kdg kdg kita pun buat yg sama kan?
    pehh, nasihat serupa orang tua haha

    ReplyDelete
  3. Buku apa aku lupa sebab dah lama dah aku baca mende tu...
    Tp mmg betul.
    sekarang aku kurangkan sikit maki2 ni sbb buat penat mulut je.
    aku lebih kpd fikir baik contohnya "agaknya dia bawak laju sbb kucing dia nak bersalin kot...Dia kena jadi bidan..' camtu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..selain jadi bidan boleh jugak buat alasan dia cirit birit, nak pegi toilet..ataupun kalau dia tak bagi signal, jari dia terkehel, so takleh guna..makin bangang alasan kita buat, makin kurang sakit hati..

      Delete