Friday, October 31, 2014

dyslexia

Assalamualaikum, dah hujung minggu dah!

situasi khamis lepas, masa nak pergi lunch, aku accidentally sebut something dekat zizi, about conversation mengarut kitorang masa aku sleep over rumah dia haritu. dia pun cakap, aku banyak ingat benda mengarut ngarut. aku senyum je, lepas tu, masa nak order, aku baca menu lama gila, dan aku salah baca menu, pastu dia tanya kenapa aku mcm tu? maka aku pun cakap kat dia, aku ada dyslexic tendency. dia gelakkan aku dan kata,"tipuuuu" .dan itulah motif entri ini.

ramai yang kenal aku, tapi tak tahu aku sebenarnya ada masalah dyslexic. well, aku pun tak tahu sebenarnya, sampailah satu tahap, masa lepas form 5, baru aku tahu. itu pun lepas aku terbaca satu newspaper cut pasal highly intelligent people with dyslexia. so, apa sebenarnya dyslexia ni? specifically, this is neurological disorder which affects reading abilities. selalunya, orang yang ada dyslexia, susah nak membaca, confuse huruf, b looked like d, e looked like c, tak boleh make sense apa yang dia baca, atau langsung tak boleh baca. kes aku, masa aku darjah 6 baru aku boleh fully baca, itu pun slowly. sebab aku selalu akan tertukar huruf atau tersalah eja. tapi aku takde laa teruk sangat. with some effort, boleh je baca sekarang. haha. cuma, masa aku tak tahu bahawasanya aku ada masalah ni, aku selalu rasa aku ni tak cerdik, sebab aku paling last dapat membaca betul. dan aku tak boleh baca langsung kalau ayat tu tak ada space. macam hashtag. itu memang fail. masa mula mula trend pakai hashtag, aku punyalah sakit hati, sebab benda yang ada space pun aku tunggang langgang lagi, inikan pulak  benda yang takdak space. tapi, sebab taknak kalah dengan teknologi, aku belajar baca jugak. lama lama aku boleh laa baca dah hashtag tu. haha.

masa aku tak tahu pasal disabilities ni, aku serius ingat aku punya IQ rendah. sebab tu dulu, aku tak pernah harap nak study betul betul. sebab orang lain ambil masa sehari nak baca and make sense of one paragraph, aku akan ambil masa 2 hari untuk buat benda yang sama. dan aku juga sangat slow dalam maths. tak semua maths lah, algebra aku ok. calculus and logarithm, kelaut! algebra mudah bagi aku sebab function dia cuma ada sikit je, linear, quadratic, cubic. aku belajar basic je sbb aku bio based kan. atas dari tu aku tak ambil tahu. apa paling susah bagi aku? statistic. permutation and combination. permutation and combination, aku belajar sambil nangis, literally. baca 100 kali soalan, tak make any sense, aku tak faham ayat apa dia nak cakap sebenarnya. sebab tu statistic masa degree paling power aku pernah dapat B-. sadis.

sebab aku selalu frust dengan ketidak pandaian aku membaca, maka aku pulun baca buku kat library masa aku sekolah rendah. masa tu, aku punya azam nak habiskan semua buku dalam library ni. nak bagi proof sikit, aku bukan bodoh sangat. haha. lama lama, aku baca dengan pandang sahaja, tanpa mengeja, kecuali perkataan yang huruf dia lebih dari 5. aku tak boleh baca perkataan yg ada lebih dari 5 huruf, aku kena eja dulu baru aku faham. less than that aku ok, pandang sekali dah faham.

family aku tak pernah tahu aku ada problem ni. yelah, aku pun tak tahu sampai aku umur 17. sekarang, aku still ada masalah membaca, tapi tak teruk mana, sebab aku banyak practice. tulis dan baca. and tulisan aku buruk sikit lah. cantik sikit dari doktor punya tulisan. tapi still boleh baca. with practice, benda ni bukan masalah besar.

ada beberapa kelebihan jadi dyslexic ni, salah satunya, kau punya skill pemerhatian dan pendengaran power. hehe. selain tu, kau punya imagination tinggi. memandangkan kau susah nak baca dan make sense of what you read, kau akan baca dan imagine, ataupun, dengar dan imagine.

ramai yang tak sedar penyakit ni genetically inherited. bila budak budak macam slow sikit, marah. that is not supposed to be the way. dia bukan bodoh atau IQ rendah, they just need a little more help than others. so, kalau korang rasa macam ada orang di sekeliling korang ada masalah baca perkataan panjang panjang, confuse kiri dengan kanan, ada lah tu masalah dia. jangan jadikan benda macam tu as a joke, benda mcm ni sensitif kot. bagi aku sensitif laa. sebab aku pantang sikit orang point out aku tak reti baca masa kecik dulu. aku pernah cakap kat ex boyfriend aku yg aku dyslexic, dia gelakkan aku sampai nak pengsan. -_-

kesimpulan dia, learning abilities semua orang lain, tak semestinya dia ada degree, dia pandai. degree tu kertas je, tak lebih dari tu. aku pernah jumpa orang yang tak ada degree, tak sekolah sampai habis pun, but still boleh berjaya, pemikiran lagi bagus dari orang yang ada kertas degree tu.

cukup kot, letih dah aku proofread post aku ni, 6 kali baca balik, hahaha.
and by the way, tak semestinya ada disabilities, tak boleh move out from it. ada disabilities yang kita boleh overcome, if we are determined enough. i am a living proof of that.

Selamat hujung minggu, selamat berkonvo upm 38th this year. Assalamualaikum, be safe! :)

2 comments:

  1. Aku tak ada dyslexia, tapi aku cukup payah nak beza kiri ke kanan...
    Masa mula2 bawak moto dulu, aku siap tulis dekat belakang tangan.
    Tangan kiri aku tulis kiri, tangan kanan aku tulis kanan.
    Kalau drive, kalau ada org sebelah tunjuk jalan, dia kena tunjuk guna jari.
    Kalau dia sebut 'kiri' atau 'kanan', aku akan gelabah dan keliru mana satu.

    ReplyDelete
  2. Aku langsung tak boleh beza kanan kiri. Co driver, kalau ada, kena tunjuk je tanpa sebut, aku takleh faham kalau dia tunjuk dan cakap dlm masa sama. Selalunya tak ada orang nak jd co driver aku sbb aku panas baran atas jalan hahahaha.
    mcm aku cakap laa, ramai orang tak perasan masalah ni, motor function kau ok aku rasa, cuma kau kena mkn dha banyak, bg neuro receptor kau laju sket. Aku rasa lah

    ReplyDelete