Tuesday, December 30, 2014

mini review : talent is overrated; review yang menggunakan peluh dan kopi

Assalamualaikum, hai!
2 hari lepas rumah sewa naik air dan aktiviti harian tergendala akibat kegelisahan hati dan jiwa mengenangkan banjir. aku tak pernah alami situasi banjir, air melimpah apa bagai ni, jadi aku sangat nervous sampaikan aku tak boleh tidur 3 hari. bila aku dapat tidur, aku mimpi, mengigau bagai. paling lama dapat lelap mata is about 30 minutes maximum, pastu terjaga, and the cycle continues. pastu pulak, tak boleh call mak kat kampung, tak boleh buat apa langsung since line memang macam nak tanak je tubik. wahh, gituu. but then air dah surut area rumah aku, maka aku dah boleh back to normal, tapi tidur tu still problem sikit. mimpi bukan bukan, bangun berpeluh peluh. drama sangat.

macam biasa, itu bukan apa yang aku nak cerita sebenarnya.

dalam 2 minggu lepas, aku jd escort sorang lecturer ni, dia mintak teman dia pegi sekolah kuala krai (sebelum kuala krai dilanda bah maha hebat tu) so, dalam perjalanan lebih kurang 2 jam tu, we talk about so many things, dan this dr, dia recommends buku ni, talent is overrated. warning, buku ni motivational. maka, agak bosan. itu yang post title aku buh mini review, sebab aku belum fine read buku ni lagi. ok, bagi aku explain cara aku membaca, since aku first time nak review ni kann.

aku baca ada 2 jenis. baca laju, scan the whole page, dan cari ayat atau phrase yang menarik. then, aku summarize kan ikut page. ini selalunya aku pakai masa aku study, ini lah cara dia aku fahamkan immuno response apa benda semua tu. summary skills.
satu jenis lagi, baca guna sepenuh tenaga, drink in every word. ini selalunya bila aku baca novel, novel cinta terutamanya, sebab aku kan jiwang karat berkarat. itu yang menangis nangis tu.
aku kan ada masalah membaca, so, selalunya sebelum aku rate buku tu best atau tak, aku akan summary read dulu. pastu, baru aku baca betul betul, dan dengan penuh penghayatan.

buku ni? aku ambik masa 5 hari baru aku habis baca. lama gila. itu pun sebab stock ebook romance aku dah habis, kalau tak memang aku pandang sebelah mata je buku tu hahaha. awal tahun ni aku upgrade pakai tablet, tu sebenarnya hanya untuk ebook je. takdak menda lain dalam tu, penuh dengan novel. romance novels aku ada 200++ hehehehehe.

so, berbalik kepada buku ni, aku cuma boleh cakap, buku ni is big compared to no of pages dia. compact. ada 237 pages je dari muka depan sampai muka belakang. chapter pun ada 11 je. sebenarnya, kalau speed normal aku (merujuk kepada speed baca romance novel) tebal ni boleh habis in 2 hours to 3 hours max, campur toilet break. apa yang membuatkan buku ni ambil masa 5 hari, it made you think. every sentences yang ada dalam buku tu, dia akan buat kau wonder, dan kau akan self reflect. well, itu yang berlaku pada aku lah, aku tak sure lah orang lain reaction macam mana. i don't feel like reading, dia lebih kepada self-reflect, dan yang penting, you start to find what is so special about you. what makes you different, what makes people yang power dan hebat tu hebat.

conclusion yang aku dapat lepas aku baca, kita pemalas. kita jarang fikir, kita selalu berangan. kita hidup dalam bubbles. dapat degree dah berlagak macam kau own the world. demand itu ini. this is a good book. very inspiring. cuma, dia ada beberapa downside; dia motivational book, so dia bosan. takde plot yang nak bagi your heart race, takde hero hensem millionaire, takde heroin yang kena buli dgn hero hensem. takde elemen mengarut tu semua. bila takde tu semua, concentration nak baca tu kurang sikit. aku sudahkan baca pun sebab aku kan tak tidur 3 hari, maka aku ada banyak masa lapang time jadi zombie tu. straight to the point, jujur, ikhlas, simple words, kadang kadang rasa macam kena tampar di muka bila baca certain parts. this is the kind of book that screams at your face. untuk students, umur area 19-30 elok ah baca. time tu hormon naik, semua benda nampak kecik je di mata kita. nothing is impossible, we own the world punya semangat kan. ini motivational book kedua dalam hidup aku, dulu masa aku gila perasaan macam roller coaster, aku pernah baca motivational book on how to wake up from being heartbroken. ppuuii.

well, in conclusion sekali lagi, this book is worth reading, cuma kena ada drive dan kesungguhan, baru boleh nampak dan appreciate what this book is all about. selamat membaca!

selamat tahun baru 2015, semoga dugaan yang melanda negara kita tahun ini membuatkan kita lebih kuat dan mendewaskan kita. peace!
;)

4 comments:

  1. Aku baru baca sampai chapter 1 The Mystery tu...
    Banyak sentap gak arr buku ni...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, tp kena bear in mind, apa yang dia cakap tu betul, we are just too ego untuk mengaku bahawa dia betul.

      Delete
  2. alamak panjanglah plak entri, malam kang I sambung baca K.. koh koh koh

    ReplyDelete