Sunday, December 21, 2014

Salmonella, sakit perut and everything in between

Assalamualaikum semua. ok, aku sakit perut. dari semalam, bawak ke harini, perut rasa mcm tak lepas. standard lah aku memang ada masalah sembelit since ada thyroid problem kan, tapi kali ni dia punya sakit perut lain macam. macam ada yang tak lepas. haa, paham sendiri lah maksud aku apa. so, sebagai seorang yang ada degree in microbiology dan mengabiskan beras mak aku selama 3 tahun study microbes, aku cuba lah diagnose apahal perut aku semacam je.
so, cerita harini adalah purely based on masalah perut aku dan relationship dengan mikroorganisma perut.
kalau nak detect ada bacterial influx dalam perut nak buat macam mana anak anak??
most pathogenic bacteria (bakteria yg membawa penyakit) dia punya incubation period (masa utk membiak dari seekor kepada ber ekor ekor) adalah dalam 24 jam ke 38 jam. senang cerita, masa strain bakteria ni masuk dalam perut, dia akan start membiak, dan anak dia akan muncul lepas 24jam ke 38jam. sekejap je kan? maka, kalau nak detect apa makanan penyebab sakit perut, check kita makan apa dalam masa 24 jam ke 38 jam. balik kepada kes perut aku, semalam aku makan ayam. ayam segera.
lepas kita jumpa makanan apa yang kita makan, macam mana kita nak tau itu punca sakit perut cirit birit ni? macam kes aku, ayam, bakteria paling selalu ada ialah Salmonella sp. Salmonella sp. ni kira normal flora yang ada kat raw chicken, raw eggs, dan seangkatan dengannya. bila aku kata Salmonella sp. mesti duk ingat typhoid fever kan? untuk pengetahuan korang semua, Salmonella spp. is a big order consists of banyak jenis, antaranya ialah Salmonella typhi, dan juga Salmonella enteritidis. S. typhi adalah common cause for typhoid fever, dan S. enteritidis adalah common untuk sakit perut dan food poisoning.
so, izinkan aku explain sikit pasal S. enteritidis, which comes form family Enterobacteriaceae, common for food poisoning, sekali dengan E.coli, sama family tak semestinya sama species. complicated kalau nak cerita salasilah diorang dua ekor ni, so aku go on je. hahahaha. sebenarnya, masa study bacteriology dulu, aku kena hafal every phylum, family, kingdom yang ada. tapi, me being me, memang aku tak pernah hafal pun. tau basic cukup, survive walaupun dapat C+ utk bacteriology.
back to clinical case kita, iaitu sakit perut aku, so, diagnose dia macam gini:
most probably aku dijangkiti oleh S. enteritidis, since aku makan ayam. selalunya, after 24 jam cirit birit, most of the time, kita akan okay balik, depends on type of back up yang kita ada. ok, apa benda back up kita?
another type of bacteria, iaitu all good bacteria dalam usus. selalunya, LAB lactic acid bateria. setahu aku, LAB is a group of bacteria, tak semestinya sama family and sama order atau species, the common ground for this LAB is that they utilize lactic acid. again, panjang cerita kalau nak cakap pasal LAB ni, so aku simpulkan sebagai good bacteria. tak semestinya LAB sahaja good bacteria, E. coli  pun dalam certain condition can be a good bacteria, depending on how we utilize it.
selalunya, kalau lepas 3 kali ulang toilet, one very good way of eliminating the colony (keluarga bakteria) tu, minum air. banyak. buang air ni is one of the way in which body rejects and eliminates bacteria, itu yang banyak kali pegi toilet. kalau kanak kanak, aku syorkan pegi jumpa doktor, sbb children, their immune system belum complete, eloklah jumpa meds practitioners. kalau yang tua bangka serupa aku ni, just make sure that you drink a lot of water, get a lot of rest, dan your body will eliminate the unwanted colony of bacteria within 24h. kalau still cirit birit, diiringi pulak dengan muntah, sila jumpa doktor. kalau cirit birit je, rilek dulu. lepak dulu, tunggu sampai 12 jam seterusnya, kalau makin teruk, jumpa dr.
aku tak galakkan makan ubat sakit perut tu, sebab aku kalau makan ubat tu terus sembelit seminggu. perut aku je kot yang pelik.
so, berbalik kepada kes perut aku, dah 12 jam lepas initial cirit birit, takde tanda nak muntah, dan takde tanda kurang selera makan, so, conclusion nye, aku cuma kena minor attack of Salmonella sp. atau aku dah immune sebenarnya, sebab selalu makan ayam segera.
best sebenarnya bila tahu pasal bacteria ni, cuma masa study dulu je pemalas.
amacam, best kan bacteria? tiba tiba rindu pulak nak streak plate hahahaha

2 comments:

  1. Microbiology aku belajar satu sem je.
    Tapi basic perkara yg kau cerita ni aku ingat.
    Funny kan, bila dah tak belajar baru laa kita terkenang2 keseronokan belajar tu, tapi masa belajar dulu tak nak plak belajar betul2...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cehh, aku memang sepanjang 6 sem tu belajar benda ni, susah nak buat lupa sampai tahap tengok plate tau dah bakteria apa benda yg grow atas tu.

      Delete