Wednesday, April 8, 2015

awek lipstick merah

assalamualaikum lovelies! 
sebulan aku puasa dari post entri. bukan apa, aku macam tengah pikir apa benda yang aku nak cakap yang worth the time and energy. taip lama lama, pastu banyak yang aku simpan je. entri ni kena simpan 3 kali before aku edit dan post. konon macam ramai yang baca kan kehkehkeh. 

macam biasa, tajuk entri tak semestinya ada kaitan dengan apa yang aku nak sampaikan. tapi kali ni aku cuba stick as close as possible, dengan harapan otak aku paham dengan apa yang hati dan jari aku nak. selalu neurotransmitter aku kerja overtime, kadang kadang receptor lambat. hahaha. 

aku ada sebatang lipstick. kejayaan dalam hidup bila aku ada lipstick ni tau tak. sebabnya aku bukan jenis yang peduli benda macam ni. sebab aku beli? simple, bila aku pegi wedding member, dalam gambar nampak macam aku depressed gila, pucat. so, benda ni boleh dibaiki dengan sebatang lipstick sahaja. yes, make up boleh masuk dalam 100 wonderful invention of the world. tahniah dan terima kasih kepada inventor make up. 

korang tahu tak, alat solek dan penjagaan wajah tu adalah DUA entiti yang berbeza? yes, mungkin korang tau, tapi aku baru tahu perkara ni. selepas 23 tahun. terima kasih kepada kawan aku yang dengan sabar dan rajin bagi penerangan pasal benda alah seperti ini. aku bab bab macam ni, fail. tanya aku pasal fermentation atau bacteria aku boleh lagi goreng, pasal benda perempuan, kecuali pads, yang lain aku fail. 

jadi, berdasarkan penerangan kawan aku, dan ikut apa aku paham, dia macam ni.

penjagaan wajah, skincare bak kata omputih, termasuk pencuci muka, scrub, toner, moisturizer, dan face mask. 

alat mekap, adalah selain dari itu, lipstick, bb cream, compact powder, dan kawan kawan dia. 

kalau kau setakat pakai skincare products, kau tak termasuk dalam kategori pemekap. kenapa? sebab muka kau takde perubahan pun. 

jadi, aku tanya, perlu ke pakai dua dua? pakai salah satu tak boleh ke? aku ni pakai bedak pun mengelat, maka harus aku mencari jalan untuk mengelat pakai dua dua. hahaha. 

maka, jawapan kawan aku adalah, kau test sendiri, pakai salah satu je, atau pakai dua dua, apa beza dia. cakap je tak guna jugak. betul lah tu, bijak kawan aku ni. maka, aku pun, dengan instict seorang saintis, mulakan lah experiment. benda macam ni pun boleh buat modal experiment tau. haha. 

seminggu aku buat rutin pakai skincare only. tapi, payah sungguh lah sebab aku ni bukan jenis rajin pun. tapi, sebab nak result, maka aku kuatkan jugak buat. pakai skincare sahaja bermaksud aku tak include bedak dan sunscreen. maksudnya, lepas pakai moisturizer, dah siap dan boleh blah dengan gembira. memanglah muka aku sihat, cuma garing sikitlah. malam kena pakai soothing mask and night cream. baru aku paham apasal kat botol night cream tu tulis renewal. dia memang rasa macam sakit sikitlah. *padahal sebelum ni tak rasa apa, poyo* 

lepas seminggu, aku start pakai make up sahaja. sebelum korang konfius, aku cuma pakai compact powder, sunscreen, dan lipstick. yang lain aku tak reti. dari aku habiskan masa setengah jam nak lukis kening sahaja, ada baiknya aku mandi atau makan nasik time tu. untuk bagi result experiment aku ada pemboleh ubah, aku cuma pakai pencuci muka dua kali sahaja, bangun tidur dengan nak tidur. *macamlah aku tidur* 
maka, seminggu jugaklah aku kena bencana jerawat. sebiji sehari kot. yang besar pulak tu. sakit nyaa lah hati. dah laa memang ada jerawat dah. hahahaha. 

so, sekarang, lepas try dua dua sekaligus. baru aku faham dia punya individual value dan combined value. make up, walau sikit mana pun kau pakai, orang akan notice. walaupun dia tak boleh nak point out exactly apa yang berubah, orang akan sedar, ada perubahan. contoh, aku pakai lipstick je, orang kata lain dah. wonderful betol. hahaha. 

skincare pulak, itu untuk maintenance dan support system. kalau skincare kau tak best, muka kau suffer lepas buang make up, dia naik rashes, walaupun kau cuma pakai sunscreen sahaja. so, to put it in conclusion *since this is a science project by me* make up ni external force, which can cause irritation and damage, and skincare is the sub unit yang kena maintain the face itself. so, skinare kena masuk dengan make up, sesuai dan compatible, serta, skincare kena ada ciri ciri soothing, memandangkan make up dah termasuk dalam kategori external force. memang betul, make up boleh tutup apa yang skincare tak boleh tutup, tapi lepas buang make up, muka macam jalan tar, tak best jugak kan? 

penat nya lah kumpul data untuk projek sains aku ni. tapi, data dia worth lah jugak. at least aku test, dan guna result ni untuk muka aku jugak kan. berbaloi lah, hahahaha. nanti yang comel pun aku jugak, kalau tak comel pun tetap aku jugak. 

nampak tak lari nya dari tajuk? 
selamat hujung minggu, bye~!


No comments:

Post a Comment