Friday, April 17, 2015

isu yang tak berapa nak menjadi isu sangat

Baru baru ni, ada beberapa isu di sekitar aku yang betul betul membimbangkan. Aku ni bukan jenis yang kisah sangat dengan isu semasa, cuma dua isu ni betul betul buat aku risau. Tahap maksima. Isu satu adalah pasal MRI yang ada radiation, lagi satu adalah isu minuman probiotik boleh menyebabkan kanser. Aku bab kanser ni sensitif betul, sebabnya siang malam kerja aku membelek cell cancer. Aku tak peduli sangat dengan berita tu, cuma yang aku peduli ialah orang ramai punya tahap kefahaman, dan tahap kesedaran. Secara kasarnya, ramai lagi yang belum betul betul faham apa benda yang jadi, share cerita membabi buta, dan tak buat background reading walau sekecil kuman. Bila benda jadi viral, semua percaya buta buta, walhal benda boleh selidik, dan boleh je nak tanya sesiapa yang lebih tahu. Kemudahan internet LTE tu sia sia dengan facebook semata mata, which is the main concern aku sekarang. Aku adalah neutral disini. Aku cuma tak suka orang cakap tak ada asas, share, bagitahu serata alam. Yang dengar pun percaya. Hal ini membawa kita ke persoalan kedua, iaitu, sebenarnya rakyat Malaysia ni belum celik sepenuhnya pasal kanser (*yang mana adalah benda yang aku beratkan disini)

Sekarang dalam dunia sains, kita dah tak bercakap mengenai kanser biasa, kita semua bercakap mengenai kanser yang resistant. kanser yang dah boleh develop defense kepada most of alternative drug and chemo treatment. tapi, tak ada yang nak share kerisauan dunia sains ni sebab ramai yang tak ambil tahu. lagi suka baca gosip mengarut dari risaukan isu healthcare.

cancer to each patients is different, walaupun menghidap jenis kanser yang sama. ada jenis kanser yang sangat mudah untuk mutate; dan lepastu jadikan the cancer makin susah nak treat, sebab multiple mutation. dan tak semestinya dia mutate uniformly, nama lagi mutation. sebab tu kalau baca pasal recovery, most docs akan nasihat patients and family kena ada great will power. that is absolutely true. drugs and surgery ada had dia.

aku sangat terpanggil nak share sikit sebanyak kerja yang aku buat sekarang. aku punya study ialah mengenai drug-resistant lung cancer. lung cancer ni bukan kat negara kita je berleluasa, worldwide statistics sejak 2010 lagi lung and bronchi cancer was is and currently number one killer in both men and women. walaupun breast cancer lebih common pada wanita dan prostate cancer lebih common pada lelaki, tapi pembunuh utama di kalangan kanser adalah kanser paru paru.

macam kes small-cell lung cancer, treatment sangat terhad. surgery, dan kemudian percentage untuk recurrence (*kembali semula) adalah 78% setahun selepas pembedahan. drug treatment cuma boleh bertahan 3-6 bulan sahaja sebelum kanser sel develop mutation dan resistance kepada drug. sama juga dengan kemoterapi. jadinya, bila semua ini beraku, option pesakit tak banyak. sebabkan kes kanser paru paru yang mula menjadi mutan dan resistant kepada pelbagai drugs ni lah yang menyebabkan lung cancer menang 1st place selama 4 tahun dari tahun 2010 lagi. jangan ingat avengers je boleh mutant semua ni. kita pun setiap hari vulnerable to many source of radioactive and carcinogens.

kalau nak cerita pasal kanser ni, rasanya aku boleh bercerita seminggu straight, because that was all I did and still do for nearly 3 years, dan aku ada pengalaman culture 7 jenis sel kanser. aku tak minta semua orang tiba tiba jadi doktor, cuma aku minta sebelum percaya cakap orang atau pegi sebar benda bukan bukan yang tak berapa nak ada kena mengena, selidik lah dulu. google je. berlambak keluar artikel. kalau tak mampu baca journal science direct sebab tebal, atau tak mampu nak paham apa benda dia tulis, baca bacaan ringan di website national cancer institute pun cukup dah. nak mintak aku explain pun boleh, i can talk all day. sampai darah keluar ikut hidung pun mampu, hahaha.

akhir sekali aku nak cakap, semoga Malaysia celik dengan isu kanser~!

3 comments:

  1. Isk isk isk...
    saya tau lah awak saintis.. tapi
    cancer = kanser
    share = kongsi
    multiple mutation = mutasi berganda
    cell cancer = sel kanser ( isk isk isk )
    chemo treatment = Rawatan kemo
    patients = pesakit
    lung cancer = Kanser paru-paru
    drug resistant lung cancer = Kanser paru-paru kalis dadah

    Aduhaiii.. banyaknya......
    kakakakaka...

    ReplyDelete
  2. Ok, berbalik kepada topik entri, ramai masih lagi yang tak ambik tahu pasal kanser. Kurang pendedahan. Ataupun kurang di dedahkan. Eh samalah....

    dan lagi dalam Avengers, Hulk sorang jer yang pelik tapi dia bukan mutant. Sorang dewa, sorang pemanah terer, sorang super spy, sorang lagi bilionair kaki perempuan.

    Mungkin awak maksudkan X-Men?

    ReplyDelete
  3. Merawat satu hal,
    mencegah pun penting juga.
    Apa kata akan datang buat satu entri cerita padat dgn langkah mencegah sebelum kena.
    Hehehe

    ReplyDelete