Assalamualaikum. Good afternoon everybody. Sejak mengajar tusyen english ni, tendency nak cakap rojak tu melonjak dari skala 3 ke skala 5. Hahaha.
Kepada yang taktau, ni aku bagitau, aku adalah pelajar sem 5 pengajian sarjana sains. Dah lama aku berhasrat nak tulis guide ni, tapi kekangan masa dan kemalasan membuak buak sampai aku lupa. Ramai dalam kalangan kita nak sambung pengajian selepas tamat ijazah pertama (dalam english kita pakai bachelor degree). Maksud dia nak sambung sarjana (master).
Ramai antara kita ambil mudah beberapa perkara. Aku bukan rajin nak cakap banyak, jadi ini basic je. Guide aku ni, aku bahagikan kepada tiga bahagian. Hari ni kita cakap pasal part 1: sebelum mendaftar
Sebelum kita nak daftar sebagai pelajar pasca siswazah, kita perlu pilih dulu mod pengajian. Setakat ni, ada tiga jenis mod pengajian, mod kerja kursus (coursework), mod penyelidikan (research), dan mod campuran (mixed mode).
1. Mod kerja kursus.
Dia lebih kepada pergi lecture, pergi tutorial, jawab exam, dan saling tidak tumpah seperti zaman ijazah. Ada pointer, dan ada assignments. Boleh buat secara part time, PJJ, atau full time. Fixed time frame, kalau buat setahun, 2 semester, akan boleh graduate dalam setahun (provided korang takde mengelat, memonteng kena barred from exam dan masalah disiplin yang lain lah). Masa dah nak habis, kena buat mini projek, dan ada viva voce juga, macam projek final year.
2. Mod penyelidikan.
Sepenuh masa duduk dalam lab, buat research. Funding adalah selalunya dari geran penyelidikan, macm e-science fund, geran universiti (RU), frgs dan sebagainya. Tak ada exam, cuma setiap semester kena hantar progress report, untuk tunjuk milestone dan pencapaian dalam projek. Time frame, selagi projek kau tak siap, tak payah ada angan angan nak graduate lah. Kebanyakan pelajar sedia ada, kena extend masa pengajian sebab tak sempat siapkan projek dalam masa ditetapkan. Jangan terkejut ada yang buat master sampai 5-7 tahun, normal. Cuma ada dalam 20% (rough estimate dari aku) yang dapat siapkan projek, tulis thesis, dan viva voce dalam 2 tahun (ini time frame master ye)
3. Mod campuran.
Mod campuran ni, ada dua dua elemen kerja kursus dan penyelidikan. Pada awalnya, student perlu pegi kelas, ambil exam, pegi tutorial, ada assignments, test dan final exam. Masuk pertengahan, kena buat projek penyelidikan. Lets say, kelas semua dah ambik, tapi projek tak siap lagi, kena extend. Sampai projek siap, barulah boleh hantar thesis, viva voce dan seterusnya graduat.
Untuk mod kerja kursus, aku tak tahu sangat, sebab aku buat full research mode. Kalau decide nak buat full research, next step ialah cari supervisor projek. Ada beberapa kriteria untuk kita teliti sebelum kita sign dengan penyelia tu.
Yang pertama, dia mesti ada geran untuk projek yang dia nak kita buat. Geran pulak, perlulah setara dengan projek. Kalau projek jangka masa panjang, tapi geran short term, mungkin perlu bincang dengan beliau, apa plan dia lepas tu. Bear in mind that projek ni tak semua smooth sailing. Ada projek objektif kajian 2 je, tapi nak execute satu pun susah.
Yang kedua, kita perlu tengok kita punya kemampuan. Kalau projek propose nak buat animal study, tapi kita ni penakut teruk dengan tikus, nampak tikus asyik kencing dalam seluar, nasihat aku tak payah laa buat projek tu. Senang cerita, ukur baju di badan sendiri. Minta bakal penyelia kita cerita dan bagi gambaran jelas tentang projek yang terlibat. Kalau kita rasa kita mampu buat, dan kita tahu ada mesin dan alatan yang kita perlu guna memang ada, then barulah boleh bincang benda lain. Again, tak semua benda kita propose atas kertas boleh dilakukan di dunia realiti. Jangan terkejut kalau halfway through, kita kena adjust sikit projek kita, selari dengan current results yang kita dapat.
Universal rule dalam memilih penyelia ni adalah, you must be able to like each other. Profesionally. Perlu ada garisan jelas di atas nama profesionalisme. Perlu tahu menghormati satu sama lain, sebelum ada line penyelia/pelajar, ada line manusia/manusia. Jadi, hak asasi manusia tak boleh diceroboh atas dasar kau student aku, jadi aku patut dan ada hak tahu. Kalau jumpa penyelia macam ni, lari sejauh mungkin. Probability kita akan merana adalah tinggi.
Kalau nak buat research mode, hati kena kuat. Semangat kena kental. Kena pandai jaga diri, kena pandai berdikari, kena pandai survive. Kena jadi taff. Honda kata,"research is 99% failure". Nak decide sambung research senang, nak habiskan research itu yang payah. But it is not impossible.
Setakat tu saja guide kali ni, next time, aku akan cakap pasal part 2: semasa dalam pengajian.
Have a good weekend semua orang!
This is good.
ReplyDeleteAKu cadangkan kau tanya siapa2 kawan kau yang mode kerja kursus dan mixed, dan share perjalanan mula dia dalam sini.
Dapat baca tiga2 mode, barulah boleh buat pilihan yang bijak.
Tapi susah sikit dekat bahagian kau laa sebab kena cari orang bertanya.
Hehehehe
aku sebenarnya tahu je macam mana lagi dua tu, tapi sebab aku tak alami sendiri, so aku tak boleh nak cakap dan cerita panjang. secara general dan secara alami sendiri tu lain hahaha
Delete