Assalamualaikum semua. Selamat tahun baru 2016!
So straight to the point, aku sebenarnya jarang ada azam, sebabnya, bagi manusia yang selalu berubah dan kena sesuaikan diri dalam pelbagai keadaan extreme, azam macam sesuatu yang fixed yang aku jarang dapat tunaikan. Tahun 2014 aku kena pindah, tahun 2015 aku kena pindah balik. Jadi, hidup aku sentiasa berubah ubah mengikut keadaan duniawi. Bukanlah aku nak kata, orang lain takde perubahan, cuma aku belum boleh kata hidup aku ni stabil, buat masa sekarang.
Jadi, having said that, sentiasa azam aku adalah, to live well. Dekat mana pun aku kena campak, i want to adapt and live well. Macam orang nomad kan aku?
Tahun 2016 ni aku nak buat azam. By the end of this year, aku nak publish buku.
Ramai yang tidak menyedari bahawasanya aku adalah seorang penulis, sebelum aku berhenti menjadi penulis dan jadi remaja sepenuh masa. Dulu, masa aku sekolah rendah, aku ada manuskrip. Sebulan, satu chapter aku buat. Manuskrip tu sekarang dah kena bakar kot, aku pun tak tahu kat mana dah mak aku sorok. Benda tu pun sebenarnya untuk latih aku membaca dan menulis. Aku pernah cakap kan aku ada masalah membaca dan menulis? So, tulis manuskrip tu adalah cara untuk improve penguasaan membaca dan menulis aku.
Baru baru ni, aku sembang dengan Joanne, labmate aku. Dia cakap, aku ada potential to be a good novelist, sebab imagination tinggi dan realistik. Mari kita lol ramai ramai. HAHAHAHAHA. Dia serius nak kenalkan aku dengan sorang editor kenalan dia.
Bagi aku, tak semestinya publish kena dekat publisher, publish kat sini pun ok. Mungkin susah nak percaya, tapi akhirnya aku ada avid reader kat sini. HAHAHAHA. Nampak?
Nak buat storyline dan tak lari dari storyline tu yang penting. Aku bukan power macam JK Rowling, boleh buat backbone of harry potter dalam tren je. Ini lagi satu benda yang mungkin susah nak percaya, tapi aku dah ada backbone. Genre? Mestilah sappy romance. Dalam pengamatan aku, romance ni orang nak elak macam mana pun, elemen dia terlalu neutral untuk dimasukkan. Takdak romance tak syiok. Tapi romance ada banyak jenis. Ada thriller romance. Cuba bayangkan, Helmi yang aku cerita kat post lepas tu rupanya mcm jekyll and mr hyde? dia sebenarnya pencuri organ? Sorry helmi. Nasib tak baik, terus jadi antagonis. Atau aku boleh buat watak dia menjadi compulsive killer, atau aku boleh je buat reference kepada penyakit emosi dimana dia tengok terlalu banyak kematian sehingga dia craving kematian? Ok apa, thriller mcm ni. Bila dah terlalu geli nak muntah dengan scene asyik gila nak bunuh orang, datanglaa heroine + sappy romance yang akan menyelamatkan dia dari his own evil. HAHAHAHA. Nampak? This is why romance could be sold anywhere. In any condition. Romance wins it all. Hmmpphhh. Sebagai reader yang benci romance, aku tak percaya aku cakap macam ni.
Cuma jadi dengan tidak je sekarang ni. Malas dengan rajin je. Kalau ada followers ramai, boleh buat poll, korang boleh decide nak sambung plot mana. Tapi plot tu of course lah aku yang bagi. Haa, mimpi mashy, mimpi percuma je kan.
Akhir kata, please be nice to other people too.
Self-publish wey!
ReplyDeleteKau ada printer, kau print. Hantar kedai suruh jadikan buku. Buat dlm jumlah kecik. Jual dekat kawan2 & followers. Untung2 ada publisher besar terbaca dan walla! boleh reprint under publisher.
Hehe.
Kalau publish dkat blog je rugi ooo...
Apa-apapun, good luck.
I'm looking forward nak bca tulisan kau. Hehe
masalah pertama, aku malas. masalah kedua pun aku malas juga. jadinya, aku kena ada orang supervise supaya jadi cepat sikit kerja. masalah lagi, orang nak supervise tak hado hahahaha.
Deleteok lah, aku usaha laa sebulan satu chapter.