Assalamualaikum semua. Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Seperti tahun tahun sebelumnya, tahun ni juga aku raya kat rumah emak aku. Masa bujang ni aa nak pulun raya dengan emak, nanti kalau dah ada dua kampung dah susah dah.
Kena kerja sampai selasa, maka aku yang paling last balik rumah. Masa drive balik dr kl, 3 jam dah sampai rumah. Punya pulun bawak laju khennn, kena saman padan muka. Boss dengan murah hati bagi balik awal dr schedule, maka aku balik dengan pakai baju kerja je. Masa tu kepala pikir rendang dengan ketupat je. Sempat laa buka puasa last dengan emak, sampai depan rumah je azan maghrib. Terus duduk dan ngap.
Kalau ada yang ingat ada orang yang kesiankan aku lepas kerja penat kena drive jauh nak bagi aku rilek dan rehat, maka anda salah. Balik je kena buli tak sempat tukar baju seluar, terus kena buat macam macam. Untung beli baju macam ni, pakai dari pagi buta sampai malam buta.
Surprisingly, aku tak payah berebut bilik air dengan orang lain, sebab aku je yang rela hati mandi dekat bilik air luar rumah. Peduli pulak aku gelap ke seram ke, mandi lagi penting kot. nak pulak tunggu anak buah aku yang masing masing mandi setengah jam. Gosok apa pun aku taktau. Aku mandi paling lama pun 15 minit je. Bersih sama je aku rasa, hahaha. Berebut plug extension pun tak, sebab masing masing bawak powerbank seketul sorang. Cuma yang berebutnya, bantal. Sorang nak pakai empat lima bantal, nak sendal apa pun aku tak faham. Memandangkan aku bujang dan aku tak kisah asal dapat tidur, aku pakai sofa je, settle.
Baju raya takdak. Last minute, mak cakap ada pulak kan. Magik sungguh, Nasib baik aku borong tudung pelangi, maka aku banyak pilihan warna shawl nak pakai. Berat turun dahsyat sangat, so baju tu jadi amat besar. Tapi aku kan tak kisah asal aku ada baju nak pakai, so aku pakai je tanpa banyak songeh. Dah laa baju free, gila hang taknak pakai?
Raya kedua dah balik kl, sebab jumaat kerja. Dari rumah ke kl aku bawak kereta gila slow sebab aku malas, 5 jam baru sampai. Aku bawak 90km/h je sepanjang jalan. Sambil aku layan lagu raya (all the way sebab masa tu kan baru raya ke dua)
Kesimpulan puasa dan raya aku tahun ni :
1)Sekali je aku pi bazar. Gila berjimat puasa kali ni. Selalu aku buka puasa makan roti, minum air kotak laici dalam kereta sbb jem, pastu balik rumah dah kenyang. Sahur aku makan cereal dengan susu, kurma seketul dengan coffee satu cawan.
2)Tinggal puasa 9 hari, ni takleh elak, wajib tingal 7 hari, campur aku demam 2 hari.
3) Kasut raya takde, baju raya pun takde, handbag raya pun takde. Aku beli apa je sebenarnya?
4) Berat aku maintain sepanjang puasa dan raya, 38-39. Max aku pegi, 40.2kg, lepas 2 jam aku timbang balik dia jadi 39.
Kecuali bab tinggal puasa, yang lain semua menurun tahun ni. Oh, termasuk duit dalam bank. Sebab aku take over bagi duit raya dari emak aku. Emak officially bersara dari bagi duit tahun ni.
Raya bila dah besar ni tak berapa nak feel. Oh, kecuali masa aku main bunga api. Yang tu best. Hahahahaha. Selamat hari raya semua, semoga tahun depan dapat lagi rasa puasa dan raya. Nak lagi best, kot kot tahun depan dapat raya dengan suami ke mana tau. Tapi macm kelam je harapan ni, punya lama aku mengorat tak dapat lagi, lol.
Bai semua~!
Hahahaha. Panjang lebar summary hari raya kau ni.
ReplyDeleteSelamat hari raya aku ucapkan walaupun dah raya ke berapa belas ni.
Open house tu rajin2 laa join, makan banyak sikit bagi berat sikit badan tak kena tiup angin. Hihihi