Friday, August 5, 2016

persimpangan jalan simpang empat

Assalamualaikum, selamat hari jumaat

Sejak kerja + belajar ni, aku serius takdak masa langsung. Sekarang aku tidur awal, pukul sembilan dah terhuyung hayang cari katil. Pukul lima bangun nak siap pergi kerja, sablik rumah dah pukul 8 malam. Sabtu kerja, ahad tidur.

Sangat ramai rakan sekerja*cehh, sekarang dah ada* aku yang sangat terkejut bila aku cakpa aku masih belajar, dan lagi laa depa terkejut bila tau apa yang aku belajar sebenarnya. Mana tak terkejut, study biologi bagai nak rak, last last kerja logistik.

Hal yang tersebut diatas telah membawa kita kepada tajuk post aku iaitu persimpangan jalan simpang empat.

Benda ni lama dah aku predict, sejak dari september tahun lepas lagi. Sebab apa? Masa september tahun lepas, ex-supervisor aku decide nak berhenti kerja. Banyak masalah yang timbul bila dia berhenti kerja, antaranya yang paling besar ialah anak murid dia terkontang kanting ditinggal tidak bertali rafia.

Aku dah nampak dah sebenarnya aku kena kerja untuk survive, maka aku start cari kerja since last year lagi. Sebab apa? Dah tu siapa nak bayar yuran aku? Siapa nak bayar makan minum aku? Kereta aku? Minyak, maintenance kereta? Susah jadi grown up ni tau adik adik yang dikasihi. Bukan asyik fikir relationship goals je 24 jam sehari.

Bukan aku tak cari kerja yang berkenaan dengan apa yang aku belajar.  Semua kawan yg dah kerja, aku contact untuk dapatkan email HR dept depa. Haa, masa ni laa nak tau mana satu kawan betul. Mana satu kawan yang betul betul peduli hang makan ke tak atau hang merempat ke tak.

Masa aku interview kerja aku yang sekarang ni, Director tu sendiri tanya aku, kenapa hang belajar sampai master nak mintak kerja dengan company logistik?

aku jawab jujur: secara jujur, saya mintak kerja dengan company yang ada kena mengena dengan apa yang saya belajar, tapi bukan rezeki. Science is not selling good nowadays. Budget was cut down as low as possible, memang susah nak survive dalam sains buat masa ni. Depan depan aku jawab macam tu.

Director tanya lagi, lepastu tak rasa sayang ke? Belajar lama lama akhirnya jadi macm ni?

jawapan aku: dapat belajar benda yang saya suka, itu peluang. kerja apa pun, itu rezeki. impian saya masih lagi nak jadi saintis, tapi tak semestinya saintis kena duduk dalam lab buat experiment sampai bila bila. Apa pun yang kita belajar, ilmu kita tetap kena sebarkan, kembangkan. Barulah kita boleh give back to the society.
(* akibat dari smart ass mouth aku ni, sampai laa boss ingat lagi aku, mashytah yang nak jadi saintis)

Tiap hari aku bangun nak pergi kerja, aku rasa syukur alhamdulillah, bulan ni aku tak payah nak fikir mana nak dapat duit, sebab aku ada kerja, aku mampu sara diri aku dan sara emak aku, boleh bayar hutang.

Ada orang yang tak ada privilege untuk rasa macam tu pun seawal pagi pukul 5.

 Kadang kadang kita kena pandai beza antara impian dan realiti. Bukan bermaksud kita tak boleh nak dream big. Macam aku cakap tadi, pokok pangkalnya rezeki kita mmg dah ditentukan. Percaya, yakin dan usaha. Lepas dah usaha baru boleh doa dan tawakkal.

Ada orang, dugaan dia dengan kesenangan. Ada orang dugaan dia dengan kesempitan. Dua dua pun dugaan. Setiap simpang yang kita jumpa, apa pun keputusan kita, mana pun jalan yang kita pilih, akan ada baik dan buruk. Semua pun macam tu.

Tipu kalau aku cakap aku tak terasa hati bila orang tanya aku kerja apa, bila aku jawab, orang perlekeh. Oh, tu sebelum depa tau laa gaji aku berapa. Lepas depa tau, depa senyap. Hahahahaha, padan muka hang. Bukan laa gaji multimillionaire, tapi lagi banyak laa dari yang orang lain assume.

Sebab tu adik adik yang dikasihi sekalian, jangan sesekali judge a book by its cover. Ada officemate aku gaji lebih dari 7k sebulan. Kerja macam aku je.

Secara kesimpulan dia, aku nak bagitau, bila kita jumpa dengan mana mana persimpangan sekalipun, jangan takut. Perjalanan dia mungkin berbeza beza tapi ending dia sama. Jangan pernah rasa kecewa dengan keputusan yang kita buat, sebab even hang pilih jalan lain pun, tetap akan ada dugaan dan halangan. Maka, apa yang kita boleh buat, cuma hadapi laa semua dugaan tu dengan sabar dan tenang.

Kerja gaji mahal pun ada dugaan dia tau. Kerja company globel *lol* pun ada dugaan dia.

Aku akhiri post aku  ni dengan kata kata manager aku, " apa kerja sekalipun, kalau ikhlas, akan jadi mudah, akan jadi enjoyable. Ask yourself, are you sincerely doing what u did all this time"

Besok kerja, goodnight~!

1 comment:

  1. Somehow, aku boleh relate sangat dengan entri kali ni.
    Penat lelah study dlm science dulu, last-last end up kerja management je.
    Naluri saintis membuak-buak bergelora memberontak, tapi apakan daya...
    Hidup kena la ikut market :(

    ReplyDelete