Saturday, September 3, 2016

selamat datang ke persimpangan tiga segi

Assalamualaikum semua.

Sehingga post ini ditulis, aku masih lagi consider nak sambung study sem depan atau tidak. Last day register is besok, 4 sept. Masih lagi dibelenggu dengan masalah segunung, yang tak nampak macam nak settle, masalah aku bertambah pula dengan copyright issues.

Sebenarnya, memang kalau nak kira, aku ni kes sikit je lagi nak habis. Labwork dah takde, tinggal nak sumbit thesis je lagi. TETAPI; jeng jeng jeng.. Nak submit thesis perlu ada supervisor committee. Iya tuan tuan dan puan puan sekalian, itulah masalah aku. Supervisor benti dah lama, tapi paperwork masih belum lulus untuk gantikan dgn supervisor baru. Sudah makan masa enam bulan. Last semester, aku bayar yuran bodo sahaja semata mata nak bagi status student aktif, demi untuk proceed dengan paperwork nak tukar supervisor. Lastly belum lulus pun. Kecewa? Yang teramat.

Dapat supv baru, dia buat plant study. Aku buat animal study. Dia tak boleh tolong banyak, cuma dia janji akan tengok thesis dan draft paper aku (draft ni berusia dua tahun ye)  dan cuba untuk bantu aku graduate. Yang aku perlu cakap, aku hargai. Imagine, ini kes macm kena buang dengan family. Jumpa orang tepi jalan yang kesian dan nak tolong. Tapi dia pun susah juga, tetap dia nak tolong kau. Tak ke terharu?

Long story short, aku perlu ada satu publication, bukan aku 1st writer pun takpe asal ada nama aku. Biarlaa nama ke seratus lapan puluh pun takpe, asal hado. Dan publish. Maka, aku bagi laa draft paper aku yang dah dua tahun tu dekat supv baru. Bagi dia baca, walaupun dia buat plant study. Aku dah fed up sebenarnya dengan paper ni, aku punya misi nak publish dan grad, dan nak blah dari messy business ni. Aku dah tak tengok dah nak publish 3rd quartile ke 1st quartile ke projectile ke apa ke. Misi aku nak publish je.

Dah ex supv aku buat drama pulak. Tak bagi publish atas nama aku, konon paper tu bukan paper aku. *masa ni dia dah takde kena mengena dengan aku, sebab dia dah rasmi letak jawatan* Aku pun tak bodoh piang, nak publish sorang sorang. Ada je nama dia dan nama semua orang yang buat projek tu aku bubuh. Panjang sekali dengan bin binti. If she cared enough to download and read the attachments yang aku email dekat dia, dia akan tahu bahawasanya nama semua orang ada dalam tu, dan paper tu aku eliminate part orang lain, aku cuma buat part aku sahaja. originally paper tu adalah combi antara dua mini projek, tapi member aku yang sorang tu sambutan dia macam dingin je, maka aku take action dan edit semula paper tu, dan eliminate part dia, sebab dia lembab benar. Aku bagitahu dia, aku nak hantar paper ni as assignment, dan aku nak edit semula bagi ada bahagian aku je, dia says okay, go ahead. Jadi bagi aku, tak ada masalah dah. Cuma nama aku tak buang, sebab aku rasa takyah kedekut sangatlah nama tu, nanti dia nak grad juga, pakai paper aku jela kita grad sama sama, kau untung aku pun untung. Benda bukan dapat duit pun publish paper ni, kawan kawan sekalian. Cuma dapat berkongsi ilmu je. Ilmu nasib baik takleh basi, kalau tak aku punya paper ni completely basi, sebab dah peram dua tahun.

Bila dia demand macam macam padahal dia ex supv, aku jadi emo. Aku pulak memang dah emo dengan dia dari dulu. Call aku masa aku masa aku tengah kerja. Memanglaa kau takkan angkat. Message tu aku boleh terima lagi.

Hati aku ni, tahap sakit dia, 99% hangus dah. Masa ni aku cuma ingat, dia ni, aku respect as orang yang lagi tua je. Kalau dia ni umur muda dari aku memang aku  balas masa tu jugak msg jangan kacau hidup aku lagi *drama sangat aku pun *

Bila benda jadi macam ni, aku memang tak ada hati langsung nak sambung dah. Aku rasa dah malas.
Dah tawar benar. Bila aku tengok balik results labwork aku, semua susah payah aku, semua titik peluh aku, aku jadi macam nak menangis, sebab aku takkan nak biar sia sia macam ni je. Setiap hari aku akan tanya diri aku, bila agaknya aku dapat graduate? Setiap hari. Murung tahu tak hari hari macam gini.

Ini baru betul persimpangan dilema.

1 comment:

  1. Cikgu aku pesan, jangan buat kerja separuh jalan.
    All or nothing. Tapi sebab kau dah halfway (not very half, kan? Sebab dah nak habis huhuhu) so aku cadangkan kau tempuh segala halangan dan habiskan apa yang tertangguh. Rugi arr tak habiskan.

    ReplyDelete