Friday, August 19, 2016

alkisah team outing melaka bersama abang abang

Assalamualaikum semua, selamat malam.

Straight to the point, last week aku ada team outing dengan officemate. Bukan team aku, tapi dah ada orang ajak, aku on saja memandangkan aku belum pernah pegi Melaka. Yes, aku tau, sangat sedih sbb tak pernah pegi kan?

Long story short, kitorg pegi ada 5 perempuan, dan 5 lelaki. Disclaimer, semua lelaki ni dah ada anak dua tiga orang, umur pun sah sah mmg abang aku punya umur.

Apa yang aku nak cerita kat sini ialah macam mana gentleman nya orang orang opis aku ni dalam menjaga adik/kakak yang pergi ni. Aku simpulkan dalam points points jela senang.

1. Diorang bagi we girls duduk kat kereta yg besar sekali, pastu diorang pair kan. bukan sorang je dalam kereta dengan all male. Senang kalau nak pegi toilet katanya. Pastu kita dapat seat belakang, boleh jd mem besor. Sampai tahap lagu pun kitorang yang full control orang lain jgn sentuh langsung lels.

2. Bilik kitorang ada toilet kat dalam. Sebab senang dan mudah. Dorang sampai tidur luar atas sofa
(sebab tempat aku pegi tu villa, so dia macam rumah yang ada banyak bilik) sebab bilik yang lain sempit, obviously sbb kitorg dah ambil semua bilik besar besar.

3. Bila nak pi toilet, depa tak bagi pi sorang, depa suh pi berdua, pempuan. Dan depa akan smoke/vape depan toilet entrance; kalau tak jauh sikit laa tepi longkakng depan tu haa. Demi nak jaga keselamatan kami.

4. Masa jalan jalan kat jonker street, orang ramai gila gila, half of them jalan depan, half lagi jalan belakang. Masa ni aku rasa macam ada escort wei serius. Depa tak sentuh, tapi kita boleh rasa depa ada kat belakang. Handbag aku walaupun depa tak tolong bawak, tapi depa tolong jaga, tolong tengok, tolong suh tutup, dan tukan bebel kat aku yang kadang kadang lupa nak zip henbeg sendiri.

5. Dekat villa tu ada private swimming pool, kita main sama sama, tapi depa masing masing keluar dulu, terus masuk dalam, so aku dan yg lain ada masa keluar dr dlm kolam dan dry off. Siap offer tuala, and letak tuala tu tepi kolam, lepas naik terus ada tuala.

6. Malam tu depa ajak sembang tepi kolam, sembang sampai 3 pagi ok. Aku ingat dah taknak tidur dah abang semua ni, rupanya diorang tunggu kami yg perempuan ni semua masuk, then depa check pintu semua, baru depa tidur.


Sebagai seorang yang dah biasa buat semua benda sendiri, sangat asing bila ada orang yang take care dan peduli pasal kita, even benda kecik macam nak pilih bilik dan nak kasik kita jalan dulu masa lepas bukak pintu.

Benda macam ni menyebabkan aku rasa dilindungi, dan secara tidak langsung membuatkan aku rasa ada lagi jenis lelaki yang tak lupa bahawa tugas depa memang melindungi dan menjaga wanita, sebab wanita ni lemah. Depa jugak nasihat macam macam, tapi dah nama lelaki, bila kumpul memang wajib kena ada topik blue dan yellow.

Bagus abang abang dalam office aku ni rupanya. This weekend ada pulak team building, belum pegi, dah pesan macam macam. Jaga diri, jaga mulut, jaga barang, jaga itu ini. Cuma aku ni kadang kadang tak boleh harap, ahaha. Tak cukup pesan kat aku, depa pesan pulak kat orang yang ikut satu team, tolong tengokkan each other.

p/s: maybe sebab aku muka macam baru 17 tahun kot jadi depa concern dekat budak kecik. Nama panggilan pun budak kecik kat office kan. haa.

Ok, tu je nak cerita, Bai~

2 comments:

  1. Hehehe.
    Takkan dalam reramai abang-abang tu takde yang boleh dibuat 'abang' kot?
    **angkat-angkat kening**

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi bro, macam dah takde lelaki bujang untuk aku mengorat kan? bahahahaha

      Delete