Saturday, December 17, 2016

end year review

Assalamualaikum semua! lama gilaaa dah tak buat new post. Bukan tak teringat, tapi bila kau dah balik lepas seharian kerja, sesak sesak dalam lrt bagai pastu sangkut lagi dalam jem, balik tu kau memang ingat nak tido je.

Tahap malas dia sampai sanggup bangun awal pagi demi nak iron baju, itupun kalau rajin demi nak tidur awal. pukul 9 ok aku tidur sekarang. itupun kadang kadang ada yang mengacau tidur berkualiti aku. hahaha

back to the main topic here; tahun 2016 ni banyak benda yang jadi, mengalahkan drama tivi aku rasa.

selain dari aku dah up level menjadi wanita bekerjaya *pehhh!* ; aku juga telah :

1) berjaya ada passport

ini big achievement ok! sebab aku ni seorang yg suka berangan, maka, aku pernah berangan nak save overseas trip untuk aku dan suami aku. Disclaimer: masa aku ada angan angan ni, aku ada calon, sebab tu aku sungguh sungguh pegang azam ni.

Oleh kerana aku dah passed 4 tahun jadi loner, aku rasa dah sampai masanya aku kuburkan je angan angan ni. masa aku first buat angan angan ni, peh aku rasa aku romantik gila! hahahaha pastu bila aku fikir balik, ahahai, geli geleman.

lagipun nanti kalau company aku nak hantar aku oversea and aku takde passport takkan aku nak cakap, oh saya taknak pegi overseas trip. gila kau? dahlaa company aku ada banyak branch di serata dunia, cehh

2) i'm going for a solo trip

ini kira achivement tahun ni sebab aku dah start beli dan prepare untuk trip ni tahun ni lagi even tarikh dia is tahun depan. teka mana aku nak pegi? yes, krabi. kepada yang dah lama kenal aku, mesti tahu aku memang ada angan angan (kan aku cakap, aku ni memang kuat betul berangan) untuk pegi honeymoon kat krabi. ni angan angan paling lama aku pernah ada, sejak dari zaman sekolah menengah form 1. aku memang attached gila dengan angan angan ni, sampaikan bila kawan aku kahwin semua aku suggest pegi honeymoon kat krabi.

bila aku kata solo, maksudnya memang aku pergi sorang. buat masa ni itulah plan dia. unless aku boleh kahwin sebeblum feb, which i don't think so. masa aku kerja public holiday haritu, aku scroll air asia go, dan aku nampak ada 75% DC, maka aku terus beli je . hasilnya, aku punya trip hotel dan tix cuma 5++ plus gst.

cuma, bila aku cakap kat member member aku, aku nak pegi sorang, dia punya reaction priceless gila, " tak pernah pegi oversea and hang nak pi sorang bla bla bla gila ka apa wei bla bla bla lagi" dan ini berterusan selama beberapa hari.

aku ajak je kawan kawan aku, tapi takde yang nak follow. maybe ramai yang fikir reckless gila dia ni. tapi, aku rasa, kalau aku tak mampu nak handle pegi trip solo 3 hari 2 malam ni, macam mana aku nak pegi korea jumpa lee kwang soo? maka, bila memikirkan senyuman manis kwang soo oppa, aku jadi berkobar kobar balik. hahaha, ok over sungguh. dan lepas tu aku nampak dr beni pegi trip euro sorang sorang aku pun rasa ok je dia pegi kenapa aku tak boleh, kenapa? dan aku jugak harap sangat nak pegi jumpa nanthini dekat aussie, sebabtu aku kuatkan jugak hati aku nak pegi training kat krabi ni. kalau aku lepas pegi krabi, maka aku boleh menghadap Melbourne, dan dapat jumpa nan yeah!

aku sungguh tak percaya, yang semua impian aku yang aku simpan nak buat bila aku ada plus one ni semua dah on the way untuk berkubur. ini termasuklah, nak minum coffee sambil tengok sunrise, yang aku telahpun capai dekat port dickson baru baru ini. port dickson je oulss takyah pegi jejauh.

3) aku sekarang upgraded menjadi ios user

yes, aku beli iphone. sebelum hang semua kata aku kaya, no, iphone aku ni 2nd hand, bayar installment. gila nak bayar seketul, mau kena puasa maka sayur timun je. phone aku yang lama, sikit lagi nak tanggal belakang dia, siap aku pakai selotape haa. masa aku tukar pakai postpaid haritu, brader tu siap cakap, kena tukar baru ni, sebab reception utk 4G takde. ciss. sekarang ni alhamdulillah aku dapat merasai 4G LTE dengan gembira dan bahagia.

yang penting, semua ni aku buat selepas careful planning and deliberations. hampir aku tak jadi buat passport haritu, sebab aku tau diri aku ni tak boleh harap, bila dah ada passport mesti asyik nak jalan je. macam kena heret jugaklaa dengan joanne masa tu, sambil dia buat muka macam , man up mashy! jangan jadi lembik! sama jugak dengan masa planning trip ke krabi, banyak kali aku fikir sebelum decide its time!


kesimpulan:
ada banyak benda lagi yang jadi tahun ni, cuma aku decide nak tulis yang best je takmau tulis yang depressing dan stressful.


No comments:

Post a Comment