Friday, August 15, 2014

workshop light sheet electron microscopy

Assalamualaikum, selamat Jumaat semua!
Maka, aku teruskan menaip entri yang dah 4 kali draft. Workshop pun dah dua miggu lepas punya cerita. Nak bagitau punyalah dah basi cerita ni, haha. 

Tak pernah ke workshop sorang sorang. Well, dari kb sorang. Kat sana jumpa dgn family dr zul, tapi itupun still ke sunway sorang. Tumpang member, terima kasih member, bagi tempat berteduh selama dua hari. nasib baik ada member, kenn..

Workshop best. Mostly cakap pasal principle of the microscope, dan since aku google about the microscope masa dia explain takdelah lost mana. tapi, itulah. rasanya aku yang paling muda yang join the talk tu. nasib baik free. meh aku summarize cerita light sheet electron microscope ni, secara mudah, mikroskop ni:

1. horizontal field.
selalu kita tengok mikroskop lens tu kat atas atau kat bawah kan, tapi LSEM ni focal lens dia diletakkan 90 degrees, orang kampung kata berbaring, giteww. kenapa dia horizontal,

2. sample view tanpa memerlukan slide
selalu kita tengok mikroskop biasa dia pakai stage, pastu atas stage tu kita buh silde specimen kan? haa, LSEM ni khas untuk view specimen yang tak boleh diletakkan di atas slide, contoh, ikan. zebra fish. ikan klu kau letak atas slide, penyet lah jawabnya ikan tersebut. so, kalau guna LSEM, kita perlu GANTUNG specimen tersebut, 90 degrees dengan focal lens tadi, kenapa? sebab;

3. 3D rotation 
lepas dah gantung spesimen, kita boleh pakai joystick untuk rotate sample kita, 360 degrees. maka, kita boleh map keseluruhan sample tersebut tanpa bersusah payah. rotate je macam main game komputer. haa, canggih? aku belum cerita pasal software lagi,

4. ZEN 2014
semua mikroskop carl zeiss guna software ZEN, cuma tahun dia je lain. masa undergrad project dulu, aku guna ZEN 2012, laptop pernah hang banyak kali. capture gambar, takde ZEN, takleh view. ZEN ni kalau cari ade je online. download yg tu pun cukup, takyah beli. tapi, kalau kau mmg 24/7 mengadap mikroskop, maka eloklah kau beli original, berapa ratus je harga dia.  So, untuk berfungsi, ZEN 2014 ni perlukan cpu yg quad core, ada dua cpu kena guna. aku tak  faham sangat lah psl komputer aspect ni, tapi resolution gambar untuk z-stack sahaja dah sama dengan satu full movie avengers blu ray. hat tu aku faham. besaq bapak. tapi cantik lah gambar nye punn.

ada few aspects yg aku tak explain perabih, seperti macam mana nak gantung specimen, macam mana nak set parameters, apa benda natang z-stack dan sebangainya. aku rasa klu aku explain, maka, last last aku pun pening, lagipun entri ni cuma nak bgtau betapa canggih LSEM tu, dan aku rasa mission accomplished..heheh
kut nak tanya aku soalan pasal LSEM, buleh je. aku no problem nak explain. lagipun LSEM ni akan ada di Malaysia, Monash university sunway campus selama sebulan, kot ada yg nak buat sample, dan pegi view. free kot, entah, aku tak tanya sbb aku mmg takdak sample buat masa ni. oh, aku lupa cakap ye. mikroskop ni pertama kali masuk Malaysia. dan Malaysia adalah first stop utk roadshow LSEM. pasni natang ni nak pi negara lain pulak. siapa yang tahu psl mikroskop, akan tahu juga, zeiss antara leader dalam bab bab mikroskop. gambar sangat berkualiti. aku tadak gambar sample LSEM, tapi aku ada gambar Apotome 2.0 sat aku buh sini

ER-PR pathway utk breast cancer, 63X magnification. cantik kan? itu sel kanser kalau kau nak tau. haha. eh, ter bangga..bhahahahaha

nak tau macam mana rupa mikroskop LSEM?

itu haa..macam kotak je kan? benda canggih mmg pelik. eyepiece pun takdak. tunjuk kat member dia kata aku tipu sbb takdak eyepiece mcm mikroskop biasa. dah natang ni horizontal stage, celah mana nak buh eyepiece? takkan nak view sambil baring meniarap kot. gambar ihsan zeiss.

cukup dah kot entri ilmiah aku kali ni. banyak pulak cerita, macam dah kerja dengan zeiss pulak kan. hoho. maka, lama lagi lah untuk entri ilmiah aku yang seterusnya. Take care semua!

Assalamualaikum

p/s: seronok lagi buat entri macam gini dari meroyan. eh, hehehehe

2 comments:

  1. Aku sgt teringin nak sentuh benda ni...
    Asyik dengar cerita orang je...
    Dengki betui...

    ReplyDelete
  2. natang ni bestt~
    hahaha *sengaja mengapi apikan dengki

    ReplyDelete