Friday, August 22, 2014

clean room

Assalamualaikum. Aku datang lagi, dengan entri ilmiah baru. Ehehehe. Entri lepas, ada comment yg nak aku share pasal pencuci muka. Masalahnye, kalau nak tulis entri mcm tu aku kene buat research dulu, sebelum tulis. karang tak pasal kene saman, mampuih cheq.

Jadi, sementara aku study dulu pasal pencuci muka bagai tu, kita hold dulu topic mikroorganisma kulit, okey? aku kasik korang benda lain pulak kali ni.

Maka, entri kali ni start dari hari membersihkan lab. aku bukan jenis yg ada jadual sangat, aku agak macam lab aku bersepah benor, baru aku mop lantai dan sapu. agak kalau time tu aku malas, biar bersepah mcm sarang tikus pun, aku tengok dan redho tanpa mengemas.

hari ni aku rajin, maka aku kemas. lab clean room je, bukan satu lab ni aku kemas. kau gila? haha. clean room tu, as the name itself said, bilik yg bersih. hahaha. before masuk, kau kene blow dulu, ada pintu yg serupa macam nak pegi angkasa lepas, dia blow angin kat kau. memula aku masuk, rasa mcm fuyooooooo seronok lain macam!
kira lepas kau kena blow tu, debu ke habuk yg ada kat pakaian kau dan muka kau dah kena sedut dengan air circulatory system dia. air circulatory system bilik clean room aku ni, lebih kurang macam vaccum cleaner. jangan pi imagine aku duduk dalam vaccum space pulak. ni contoh je. semua angin dan udara yg masuk dalam bilik clean room tu, dia sedut ke luar guna penyedut, dan terus ke atas bumbung. maksudnya mcm serombong lah, segala jelaga asap tu semua lalu ikut serombong, pastu keluar bebas kat atap rumah. gituu. lampu lab aku tak pakai lampu pendaflour biasa, dia ada watt sendiri, kira macam soft uv. maksudnya lampu tu boleh sterilekan kawasan. jangan tanya mana diorang beli menda alah lampu bagai ni, aku guna je. rosak aku report ke office. haha.
kasut kena pakai kasut yang disediakan, takmau pakai kasut pun boleh, tapi clean room ni maximum temperature dia ialah 29 degree Celsius. paling rendah is around 19-22 degree. itu yg maintain lah. air cond, filter guna filtration system, angin masuk dan angin keluar. so, kira secara senang, memang bersih lah. dalam clean room ni ada dua workspace,

saiz lain lain, memang pun. satu, yang atas tu selalu guna untuk culture cell, dan yang bawah tu selalu guna untuk operation. sini ramai yang buat animal study, so kalau ada op utk tikus atau menatang lab lain, basically akan guna yg bawah tu. 

selain tu, ada freezer -20 dan chiller 4 degree;
chiller ni sepah sikit, al maklumlah, guna ramai, kemas tak brapa ramai. hahaha. -20 tak mampu nak letak, huduh sangat, barang banyak. 
ada jugak incubator utk cell culture, 3 bijik kesemuanya;

dua dekat area luar, satu lagi dalam kawasan confocal mikroskop. tapi, so far, pakai dua yang besar tu sahaja. aku pun tak berapa paham kenapa beli sampai 3. maintainance tinggi jugak, kena selalu check CO2, kena selalu check humidity, check bersih ke tak. pastu kalau tak guna nanti ada fungi. and so on. gambar bawah tu, sebelah incubator, ada confocal mikroskop. Laser scanning microscope (LSM 5 PASCAL). dia pakai laser, ni rupa laser dia;

tu, menatang yg kena tutup dgn plastik biohazard tu. boleh buat macam macam dengan lsm ni, amek video live cell pun boleh. tapi dia pakai software kurun ke berapa entah, masa ni zeiss tak pakai ZEN lagi. so, aku tak berapa pandai nak guna, almaklumlah, aku kan buta teknologi sikit. alangkan ZEN pun aku study 4 bulan baru pandai. 
ada satu lagi mikroskop dalam clean room, PALM microbeam
aku tak pernah guna PALM ni, tapi dari apa yang dr zul bagitahu, mikroskop ni banyak guna klu orang yg buat biomaterial, slicing, gitulahh..pun guna laser, kotak ijau belakang dia tu laser. labcoat bersepah, harap maaf. haha.

dalam banyak banyak mikroskop ni, cuma satu je yang diguna hari hari;
inverted microscope. lampu kat atas, lens kat bawah stage tu. sebab tu nama dia inverted. camera attached, just insert memory card, pastu snap away. 

secara simple, inilah rupa lab aku. dan segala mesin yang ada. maka, kalau aku buat lab cleaning, ni semua aku kena lah cuci, buang habuk terkumpul. 

nak cuci semua benda ni, termasuk sapu lantai dan mop lantai, ambil masa dalam 2 jam. nasib baik tak payah nak cuci tingkap sekali, kalau tak mau jadi 3 jam setengah.

sudah, aku nak balik, rehat. lenguh mop lantai tak hilang lagi

Assalamualaikum, selamat hujung minggu!


No comments:

Post a Comment