Friday, August 22, 2014

mandi

Assalamualaikum. Dah Jumaat sekali lagi selepas kejayaan mengupdate entri ilmiah pasal mikroskop minggu lepas. Nak buat entri ilmiah lagi sebenarnya, tapi alahai, macam takde idea. Kering kontang. Maka, aku post sahaja lah draft yang aku dah buat minggu lepas ni..
jadi, idea entri ilmiah aku kali ni terjelma semalam, lepas aku balik dari lab. sebelum aku cerita motif entri, meh aku cerita sikit mengenai lifestyle aku. ada kena mengena, jadi bace je dengan sabor dan redho.

mana yang tak tahu, ni aku nak bagitahu, aku ni buat labwork basis kerja dengan bakteria, kena jaga kebersihan. aku tak mekap, mahupun pakai bedak kalau aku pegi lab. just pakai toner je, tu pun sbb muka aku kering teruk. sebab tak pakai bedak? bedak, krim muka segala tu boleh jadi agen bakteria tersebar, spore dan habuk kat muka boleh di transfer ke tempat aku buat lab, dan seterusnya menyebabkan labwork aku contaminated dengan bakteria dan fungi. setiap kali lepas balik lab, aku akan mandi, sebelum pegi lab confem dah aku mandi, so aku ni memang yang jenis mandi selalu. jadi, disinilah muncul idea entri ilmiah ni, selalu mandi tu kira bersih ke? kalau jarang mandi maksudnya tak bersih? ke camne? haa, nampak, idea dalam bilik air aku, boleh buat modal tau!

jadi, aku ada beberapa pandangan(*dibaca:pandangan peribadi, berdasarkan pengetahuan aku yang sikit ni mengenai bakteria & mikroorganisma) yang aku rasa berbaloi untuk di argue, iaitu:

mandi < 3 kali sehari, bahaya ke?

secara purata, aku mandi 4-5 kali sehari.pagi, balik dari lab around 4pm, malam around 8pm, dan sebelum aku tidur malam, around 2am ke 3am. jadi, bahaya tak aku punya habit mandi ni? tidak, aku tak bercakap dari sudut kesihatan, aku bercakap dari sudut mikroorganisma kulit. secara simple, kulit kita ni memang ada bakteria dan fungi. kau cuci lah dengan dettol ke lifebuoy ke protex ke apa segala natang yang kata membersihkan kuman sehingga 99.9% tu, tapi kulit kau takkan 100% germ free. tau tak kalau kita germ free, kita boleh mati. haa, sebab tu paling dekat diorang boleh claim is menghapuskan bakteria 99.9%. bukan aku nak kata produk semua  ni membohong, idok le gitu. kalau korang baca lagi nanti, aku ada explain part sabun antibakteria ni
ok,sekarang ni  mari aku cerita apa peranan bakteria dan fungi kulit ni:

mikroorganisma kulit ni, kita panggil dia normal flora of skin, maksudnya, masa kita lahir, kita develop immun sistem, bakteria dan fungi ni pun start hidup dengan kita. bila kuman jahat (*dibaca:kuman tu semua yang jahat, bakteria tu semua yang baik ok?) datang untuk jangkit kita, pertahanan badan yang pertama ialah kulit, dan normal flora kat kulit kita. normal flora ni akan start bagi alarm dan signal. sebab tu lah kita kalau ada benda gatal ke kita terdedah kat apa apa ke kita tak sakit teruk, sebab kulit ada pertahanan sendiri. bukan lah maksud aku keseluruhan pertahanan kulit tu bakteria dan fungi, ada yang lain yang lagi kompleks.

so, bila kita mandi, dengan sabun antibakteria, contohnya, adakah kita ganggu koloni bakteria tu? kalau kita ganggu apa akan jadi? maka, aku pun buat experiment aku sendiri mengenai benda ni. by the way, sebelum tu, meh aku explain, masa aku undergrad dulu, ada kawan aku buat fyp pasal sabun antibakteria ni, memang bila kita mandi dengan sabun antibakteria, bakteria takdak kat kulit kita lepastu, tapi bukan 100% bakteria free. staphylococcus sp. masih lagi ada sikit, bakteria kolonial kulit tu. jadi, kita fast forward kepada result self-experiment aku; mandi banyak, guna amount sabun yang sikit & guna berus mandian untuk buihkan, tidak menyebabkan perubahan kepada kulit. mandi banyak, sapu directly sabun keatas kulit, kulit akan jadi kering by the time kita lepas mandi. ini result test kulit aku je. kulit engkorang aku tak pasti. nak tau test sendiri. jadi, boleh buat conclusion, bahawa mandi banyak tak jejas koloni bakteria kulit, bergantung kepada keadaan kulit individu dan kekuatan sentalan engkorang.

macam mana pulak dengan kes demam pastu makan antibiotik?

haa, ini feveret aku. dulu masa aku belum study pasal mikrob segala ni, tiap kali demam aku akan mintak antibiotik kat doktor, bila dia tak bagi aku start ckp dr ni tak best. padahal ada sebab dia kenapa tak setiap kali demam perlu makan antibiotik.

ok, disini aku perlu bagitahu sekali lagi, bukan sahaja kulit ada mikroogranisma, seluruh badan ada, dalam perut, kat usus, kat mana mana semua ada bakteria, dan fungi. bila kau demam, bakteria baik yang tolong lawan kuman jahat. sebab tu awal awal demam, kau tak digalakkan makan antibiotik, sebab kebanyakan antibiotik ni wide range, maksud; antibiotik takleh beza bakteria baik dengan kuman jahat, dan dia akan eliminate kesemua yang bernama bakteria, tak kira jahat atau baik. rugilah kita bila askar baik kita kena bunuh dengan ubat kita sendiri, betul tak adik adik?? bila kita demam lama, lebih dari 4 atau 5 hari, maksudnya, askar baik kita ni dah banyak yang mati, kalah perang dengan kuman jahat, maka kita perlu pertolongan antibiotik, untuk eliminate kuman semua sekali. sebab ni jugak lah kita dinasihatkan jangan makan antibiotik dalam duration yang lama, seminggu cukup. kalau lebih, mikroorganisma baik tak boleh nak survive untuk bentuk koloni yang lain. untuk pengetahuan anda semua, bila kita makan antibiotik, next time kita demam, virus influenza(* nama canggih untuk semua jenis demam)  akan datang balik dan jadi lagi kuat, maka kita perlu makan antibiotik yang lagi kuat. bila makan ubat yang kuat ni faham faham lah, banyak komplikasi. sebab tu bila demam jangan duk laju je mintak prescribe antibiotik.

aku ni boleh talk bacteria all day, tapi aku rasa cukup untuk pengenalan kali ni, banyak kan nak brain dr entri aku ni? haa, doa lah aku rajin buat entri lagi esok lusa, boleh aku sambung, mikroorganisma normal, part 2!

Assalamualaikum, keep safe, selamat hujung minggu!!

2 comments:

  1. seronok baca sampai habis
    thanks for the nice entry
    tertarik pasal sabun mandi tu

    nanti share pasal pencuci muka pula

    ReplyDelete
  2. nanti lah, minggu depan ke, bulan depan ke..hahaha

    ReplyDelete