Friday, August 29, 2014

entri personal

Jumaat dah. Eh, cepatnya!! Mana pegi isnin selasa rabu khamis?
oh, lupa, Assalamualaikum, hai, selamat hari Jumaat.
pelik kan, kenapa selalu post aku (kalau aku rajin post) mesti akan muncul time weekend, mostly jumaat atau sabtu. I work best alone, and I work better in a condition where I am the only living person present. Cehh, haha.
Tapi, ini memang betul. Kalau masa degree dulu, aku akan start buat kerja pukul 11.30 malam dan keatas. Bila semua orang dah tidur. Bila pagi, orang bangun, aku yang akan tidur.
Aku suka kerja time macam tu, sebab bagi aku at that time, aku ada privasi. Cuma aku dan imagination aku sahaja yang bergerak, time orang semua tengah tidur. Sama macam weekend, bila datang bilik tutorial time weekend, selalunya cuma orang yang macam takde life seperti aku je yang akan muncul, dan selalunya orang takde life ni dia tak berapa suka kecoh pasal apa orang lain buat. Ada privasi disitu. Aku juga suka cuti umum, takde officer yang kecoh nak melawat bilik tutorial sejam sekali, maka aku boleh berimaginasi macam macam.
Aku bukan orang yang ikut order, bila fikir, kena tulis atas kertas, no. Aku jenis yang mental plan, so, aku sangat prlukan privasi, kalau tak idea aku tak bergerak. Aku jenis yang berfikir masa tengah berjalan ke parking lot, tengah bawak kereta, tengah mandi dan melepaskan hajat, kadang kadang antara sebab aku tak boleh tidur malam ialah otak aku tak boleh berhenti fikir. Banyak benda yang aku fikir, tapi, mostly, aku fikir pasal labwork, fikir pasal apa nak buat lepasni, fikir pasal experimental plan, fikir pasal execution of lab planner dan benda yang berkait dengan lab. Mungkin kalau aku teruskan trend macam ni, hajat nak dapat phd sebelum umur 30 akan terlaksana. kehkehkeh.
Ada satu je masalah dengan orang macam aku ni, aku tak sesuai kerja dengan orang lain. Dalam erti kata lain, macam kak syazana kata, aku ni freethinker, susah nak satu wave line dengan orang lain. Orang takkan fed up dengan aku, aku yang akan fed up dengan orang, sebab selalunya aku akan dapat orang yang akan jadi sleeping partner, menumpang sahaja, atau parasit, menumpang dan menyedut tenaga dan hasil imaginasi aku.
Trend macam ni aku dah perati lama, sejak aku matrik lagi. Aku belum jumpa lagi orang yang tak nak aku ada dalam group assignment dia, lepastu diorang akan senyap senyap bagi aku lead, lambak kat aku kerja, datang bila aku suruh, dan kemudian, minta aku present, memandangkan aku yang paling banyak berfikir.
Bukan nak cakap besar, masa degree dulu, bila assignment dengan dr janna, aku tak pernah tak dapat 10/10. Dr janna pulak jenis suka bagi assignment kene guna elemen luar alam, maka, aku dengan secara tidak langsung sangat IN dengan elemen luar alam tu.
Secara kesimpulan, inilah yang dikatakan lone ranger selamanya. Ada yang acknowledge, ramai laa jugak. Macam SV aku, Dr zul dan Dr dayah. Sebab dua orang tu pun freethinker jugak. haha.

minggu ni aku tak sempat research satu benda pun utk dijadikan modal entri, maka aku tulis entri personal. gituu. tengoklaa, kalau aku rajin aku cerita pasal tempe minggu depan. al maklumlah, nak menang jugak haritu 'gaduh manja' kat twitter pasal tempe dengan 'tapai'. haha.

take care, selamat hujung minggu!
Assalamualaikum :)

2 comments:

  1. Masa sekolah dulu aku diajar yg setiap dr kita ada 'prime time' sendiri.
    Prime time tu waktu utk kita buat sesuatu yg paling efisien sekali..
    Dan tiap dr kita berbeza-beza prime time nye...
    Mungkin prime time kau waktu pagi camtu...
    Prime time aku pula antara Maghrib dgn Isya'..
    Pandai manipulate prime time, maka pandailah kita...
    just my 2 sen...hehehe

    ReplyDelete
  2. ooh..susah carik org yg prime time waktu maghrib dgn isya' sbb time tu lemau semua
    ok..2 cents accepted

    ReplyDelete