Friday, September 19, 2014

kalau sayang, tinggal tinggalkan

Assalamualaikum.
Nampak macam tajuk ala ala melodrama tak? Jangan terpedaya, itu semua pembohongan.
Hari ni aku nak cerita pasal kisah detachment from coffee. aku mula attached dengan kopi masa matrik. masa tu aku punya keras kepala konon nak jadi doktor, aku berkeras nak masuk matrik, then, bila aku start first week, aku depressed. speed member lain dengan speed aku sangat berbeza. yelah, aku slow learner. memanglah kira aku ni average achiever, tapi, rupanya dalam dunia ni ramai yang pandai. kebetulan yang pandai tu semua jadi classmate aku. aku mana pernah stay up sampai tak tidur langsung, tapi kat matrik, terpaksa, sebab masa tu competition tinggi gila. jadi, masa tu aku macam hilang identiti sekejap aa. yelah, kata nak jadi medical student kan?? T.T
kerana azam menggunung nak jadi medical student lah, bila aku dapat result sem 1 matrik dulu aku hampir nak stop study matrik. macm mana nak jadi medical student kalau takleh 4 flat kenn?
last last, aku abaikan je angan angan jadi med student tu and apply microbiology. nasib baik pointer survive masa tu. even though aku dah stop dreaming about med school, aku masih takleh move on dari coffee, and masa tu makin melampau kegemaran aku kepada kopi ni. aku start buat experiment, kopi mana yang paling masuk dengan aku. yelah, kopi ni banyak jenis, ada yg 3 in 1, ada yang 2 in 1, ada yang kena bancuh sendiri start dari serbuk kopi, macam kopi o tuh haa.

ever since then, aku tak pernah tak minum kopi. rasa hidup macam di alam mimpi bila takde coffee. yang paling parah, emo dan berangin angin manjangg. bila dapat coffee, baru otak aku macam dapat pick up speed dan baru boleh function macam yang aku nak. lama lama, aku minum kopi macam kopi tu air mineral. sampaikan koop kat kolej masa aku study degree dulu simpankan stock nescafe utk aku.

masa aku problem dengan ex boyfriend dulu pun, aku minum coffee secukupnya, baru aku boleh tulis thesis dan gaduh; dalam masa yang sama. coffee tu lama lama jadi defense mechanism. so, kira kronik laa kan?

3 kali aku naik ambulance, pengsan, pitam, sebab migraine. too much coffee per day. masa tu pun tak sedar diri lagi dan keep on minum sebanyak yang nafsu minum nak. masa tu memang ngeri.

sekarang? pinggang pun dah start sakit, salur darah start tukar warna biru, ada masalah sembelit dan masalah lain, dan yang paling jelas, umur pun dah makin banyak, jadi badan makin lemah.

since aku punya impian skrg is to get into grad school kat UK, maka, aku perlulah jaga diri dan make sure body aku sihat. karang tak sempat pegi UK, dah sakit kronik. lagipun nak keep up speed macam sekarang, which is 24/7 bekerja demi projek, body mesti fit dan kena sihat, kalau tak memang sayorr.

housemate pun selalu cakap macm gini; "badan kau tu nak pakai lama, bukan nak pakai kejap kejap. karang bila mengandung, kau nak baby affected sebab kau punya addiction to coffee ni?" dia cakap dalam pelat kelantan, aku tak reti nak eja, complicated benor haha.

maka, mulai dari minggu lepas, aku hadkan coffee kepada 5 cawan sahaja. macam banyak jugak kan? tapi kira ok dari entahberapacawan yang sebelum ni. masa start tu perasaan takleh nak cakap, rasa macam nak nangis sebab rasa helpless, helpless sebab takde coffee. rasa idea pun nak tanak je keluar dari kepala otak. dah laa kepala otak sempit kan, makin susah nak jadi creative. tapi, so far,ok laa. dah boleh terima kenyataan 5 cawan sehari. cuma kalau kurang dari 5 cawan memang takleh. rasa macam fius somewhere putus. haha.

macam tu lah cerita nya, aku, kopi, dan masa depan. kena tulis pasal ni, rasa macam berpisah dengan emak bila decide nak kurangkan coffee ni.

selamat hujung minggu, take care, Assalamualaikum

1 comment:

  1. hahahha.. lima cawan pon banyak Che Ta oiiii.. kakakkaakakaka...

    saya pon addicted dengan kopi gak.. tapi still boleh control... sehari dua cawan jer. Jangan lebih...

    hua hua hua.. air masak kena minum banyak

    ReplyDelete