Saturday, September 13, 2014

self-experiment

Assalamualaikum. Hai semorang! Ayat ini perlu, untuk memberikan aku semangat menaip entri extra long harini.

Tak sempat nak buat entri on Jumaat, and Sabtu macam selalu, buat hari Ahad pun okey kan? Kelewatan entri ini adalah disebabkan result self-experiment aku yang tak sempat siap semalam. Harini baru nampak result, so, harini lah aku buat report. Gaya macam buat lab report pun hado aaa.

self experiment aku kali ni tajuknya "cabaran minum air masak 1.5 L sehari" jenggg jenggg jenggg

macam mana boleh tergerak hati nak buat?

ada satu hari, aku sakit belakang, dekat area ginjal. so, aku dengan half-expert nya, meng asses sejauh mana teruknya sakit belakang tu. so, aku buat beberapa test, seperti test mencangkung, test berguling dan sebagainya. termasuk test warna urine. secara kasar, aku simpulkan, mungkin ginjal stress, memandangkan aku seorang yang coffee addict; sehari boleh capai berbelas belas cawan kopi, nescafe, segala nama kopi yg femes macam cappuchino dan adik beradiknya. dan aku benci minum air masak. air putih. rasa macam dunia ni dah hilang warna kalau aku kena minum air putih. sanggup buat air sirap semata mata taknak minum air takde warna and takde rasa. teruk perangai. bila housemate aku perasan perangai liat minum air aku ni, maka, aku disekolahkan oleh mereka mengenai masalah masalah kurang minum air masak, terutama bagi gadis gadis dan wanita wanita. sebab aku fedup dengar ceramah percuma tu, maka aku pun kata" ok, aku try minum air dari botol ni (tangan tunjuk botol 1.5L). sehari sebotol, tengok apa jadi"

lepas 3 hari, ada lah kot 3 teguk aku minum. maka, aku disekolahkan sekali lagi oleh housemate aku. kali ni, dia siap force feed air masak masuk dalam mulut aku. nak habaq punya depa sayang kat aku, takut aku mati awai. siap ada yang datang pagi pagi refill dan petang dia datang check air aku ada banyak mana. memanglah aku ni disayangi ramai di seluruh kawasan Malaysia ni agaknya.

dah kerana aku rasa macam "eh, susah lah macam ni. ada warden air" aku ambil keputusan, ok laa, aku minum air itu! tapi, benci tetap ada. so, kena lah cari trick untuk bagi air putih tu sedap.

trick yang paling boleh masuk dengan aku adalah, infused water. masa tu dalam fridge ada bayam, sawi, limau nipis, epal, dan kedondong, serta carrot. takkan nak buat infused water letak sayur? tidak, kecuali kalau aku gila. memang takkan makan lah sayur tu, apatah lagi buat jd air. big NO. lagi satu buruk perangai. heh. so, aku decide, untuk infused water pertama dalam hidup aku, aku pakai green apple, dan limau nipis. masa ni aku terdesak sangat dah, sebab warden aku duk perati sambil jeling botol air yg aku kelek. aiyooo, stress. since bilik tidur aku sekarang dah install aircond, maka aku sejukkan botol air aku dalam bilik je. senang, tak perlu susah bangun nak pegi fridge amek air. cerdik kan?

sebotol 1.5L infused water tu habis dalam setengah jam! kira misi berjaya lah ni. warden pun nampak senang hati dengan progress aku. maka, warden pun cakap, "esok buatlah lagi, baru sihat minum air macam ni"

so far, sejak kelmarin (jumaat) dah 5 kali aku refill air. tak payah nak sejukkan semalaman. teguk je bila dahaga. hahaha. jadi, aku nak cerita hasil dari minum infused water ni kepada sistem badan. ni aku pakai summary je, letih pulak nak cerita sesatu. summary ni cuma merujuk kepada badan aku je, badan korang, korang test sendiri, non hado maso aku nak tolong test kan:

1. easy Bowel Open (BO)
BO tu bahasa klinikal untuk buang air besar. aku ada thyroid problem, jadi metabolisma badan sangat tinggi, dan sembelit tu macam dah jadi rakan karib sepanjang hayat ini. tapi, sejak minum infused water, bila aku BO, aku rasa lega sikit. badan tak banyak angin macam selalu, dan yang paling penting, ada rasa nak BO. selalunya kalau mood tsunami datang, aku nak BO sekali seminggu pun payah. berangin je sepanjang minggu. punya sakit hati, tak terkata. hati nak BO, tapi perut taknak, haa, cam gitulah feeling dia

2. Urine Pass (UP) warna cantik
UP, buang air kecil, bila minum banyak air(especially bila minum infused water, sebab aku hanya minum infused water je sebenarnya) UP memang selalu, mungkin pundi kecik, itu aku tak sure. tapi, bila selalu pegi toilet untuk UP, makin lama bau makin kurang. orang coffee addict mcm aku ni kalau buat urine test, gamaknye kene tahan kot, sbb caffeine tinggi sangat. and paling penting sekali, bila UP, belakang dah tak sakit. sakit belakang makin kurang, bila makin banyak minum, dan makin banyak kali UP.

3. Kulit muka jadi moist
selalunya, kulit muka aku sangat kering, aku pernah cerita masa aku buat entri pasal mandi itu hari. tapi, since semalam (sabtu), aku memang perasan, aku tak perlu pakai toner dan moisturizer lepas mandi, dan kulit muka aku tak mengelupas punn!! yeayyy!! takdelaa habis duit nak beli toner setangki macam selalu.

ini baru hasil yg aku dapat sejak jumaat, baru 3 hari. gamaknye kalau terus sampai sebulan dua, boleh glowing aku umpama bulan purnama. hahaha.

expriment aku ni akan berterusan, sbb aku nak test satu lagi inference aku pasal air ni iaitu; kalau minum banyak air boleh kurangkan period pain. memandangkan aku takleh test pasal ni sesuka hati, maka nanti bila aku dah test, aku bolehlah bagitau apa result dia. selain tu, aku juga nak test pendapat yang kata minum air banyak, rambut jadi kuat. ini mungkin ambil masa sebulan dua. rambut kan, lama nak ada effect.

jadi, para pembaca sekalian,(ewahh, poyo terus) marilah buat infused water dan minum hari hari untuk kesihatan kita!

Take care, Assalamualaikum :-)

1 comment:

  1. amboii.. hahahha.. kemain siap buat eksperimen sendiri..

    koh koh koh

    ReplyDelete