Friday, November 28, 2014

antara air peluh dan air mata

assalamualaikum, selamat hari sabtu. last sabtu before masuk disember, which means that on saturday minggu depan, aku dah dekat terengganu, for msm conference. dengan data masih belum nampak dan belum siap poster dan macam macam lagi.
semalam aku dengan mak aku cakap kat phone, aku mengadu masalah aku. bila every time aku mengadu kat emak, memanglaa lepas perasaan, tapi pastu emak akan depressed, nangis satu malam sebab kesiankan aku dan feeling macam aku ni sebatang kara di dunia yang fana ini.
maksud dia macam gini, aku cerita habis kat mak aku sambil gelak gelak je, cakap sv suruh extend experiment ni, tambah method ni, review data ini, buat lain yang tu, remove yg ni, bla bla bla lah. kerja umpama lori simen, sekali tuang boleh buat bangunan.
emak selalunya akan dengar je, lepastu emak akan tanya satu soalan, "pastu macam mana?" yang aku akan jawab, "buatlah macam yg dia nak tu, boleh je buat, cuma stress sikitlah, itu yang mengadu domba"
pastu bila letak phone, emak akan nangis sampai esoknya dia call balik dan tanya sekali lagi, "macam mana?"
pastu bila aku tanya kenapa dia nangis, dia akan jawab," emak kesiankan adik, macam sebatang kara, entah makan ke tidak, entah tidur lena ke tidak".
itu, kawan kawan sekalian, adalah mengapa aku tak pernah nangis depan emak, dan sangat jarang mengadu bukan bukan. selalunya aku tapis semua yang aku nak cerita, aku akan cakap yang best je, yang tak best simpan. tapi last week, aku stress sampai level dia hit the roof, so aku takde pilihan lain selain ckp kat emak. biasalah, aku mana ada telinga extra, kena lah mengemis jap telinga emak minta dengar luahan hati.
sebagai emak yang supportive, maka emak bagi aku beberapa jalan penyelesaian, iaitu, dia cakap, kerja 6 hari seminggu, cuti satu hari. jangan kerja straight 7 hari. ini sebenarnya argument lama. sejak datang usm on 29th January haritu, aku cuma cuti 2 kali, raya puasa dan raya haji. itupun aku bawak kerja jugak sikit. masa cuti tu sempat habiskan 3 paper dan buat summary. jadi, memang tak ada langsung hari dimana aku tinggal terus kepala aku kat lab, bawak badan dan minda yg free from lab ke tempat lain. tak ada langsung. dan emak merayu supaya aku cuti, satu hari je, ayat dia exactly mcm gini lebih kurang, " adik tak balik setahun pun mama tak kisah, cuma rehat lah, kerja takkan habis, kejar dunia takkan pernah habis. cuti sehari je, tak sampai 24 jam pun tak apa, asalkan rehat"
ayat tak balik setahun tu merujuk kepada cuti aku yang di suspend, aku full sampai next year, ada seminar dan bengkel, dan cuti seminggu mmg harapan lah nak dapat. itu yang emak kata, tak balik pun tak apa, janji call hari hari.
jadi, semalam aku decide tak nak datang lab, mostly sebab aku tak cukup tidur, dan sebab aku fed up dengan semua orang, asyik call aku time cuti, wehh, jumaat tu public holiday kat kelantan, bagilah aku slept in, please. sebulan dan aku tidur tidur ayam, max 3 jam sehari. dengan data plan off, phone silent, call emak siap siap cakap nak pegi picnic, for the first time ever, aku sangat happy, packing barang sambil ketawa, and i really enjoy the picnic, walaupun cuma 6 jam je.
on data plan, email masuk, whatsapp, nasib baik tak hang hand phone.
hard earned 6 hours. i really want to study while i still can. walaupun aku mengadu macam macam, aku merungut jugaklaa, tapi aku tak boleh nafikan research ni memang benda yang aku suka. kalau tak suka, aku takkan sanggup abaikan cuti, let go "me" time, semata mata nak buat lab procedure, dan honestly, aku buat research yang maybe one day akan bantu humanity, so, why whine?
research is my passion, itu kesimpulan dari air mata yang lepas lepas. nangis pun still buat lab jugak.
48 jam, sv aku datang usm, buat lawatan kerja, all we talk is projek, results, data, projek  akan datang, plan phd, plan post doctorate, dan menatang lain. satu satunya soalan personal dia tanya aku is kenapa badan aku macam makin susut. 48 jam, and the only question is that.
doakan results aku valid untuk present kat msm minggu depan, aku betul betul harap aku buat sekali ni jadi. this is really last minute work.
have a nice weekend

2 comments:

  1. Hello Mashytah,
    good luck msm minggu depan.
    Sorry lama tak reply dkat G+, aku tak pasti kenapa payah sgt nak loading G+ padahal tak ada org pakai ramai pon...hahahaha
    Apa-apa pun, percayalah segala penat lelah dan usaha kau sekarang akan memberikan hasil dan ganjaran yang berbaloi-baloi...so don't ever give up on anything...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai!! lamaaaa gilaaa kau tak replyyy hahahahaha hilang satu telinga aku hahaha
      harap harap berbaloi baloi lah, kalau tak berbaloi bg aku pun berbaloi bagi humanity dan seangkatan dengannya cewahh

      Delete