Tuesday, December 2, 2014

luahan kekecewaan seorang cikgu kepada anak murid yang tak dengar kata langsung

harini dicop sebagai kurang ajar dan di adukan kepada staf. oleh student sendiri. pedih macam kena siat, mata berair air tapi punya tahan sampai rasa semua energy yang dapat dari makan nasik habis kat berlakon je. ini kalau tak halalkan ilmu okay tak? just saying.
perangai perempuan, maaf kata, pakai dah comel, labuh lagi dari aku yang ala ala lepas ni. tapi perkara simple macam berkongsi ilmu dan maklumat tu pun payah nak praktik. woi, duduk negara mana kita ni? warganegara lain lain ke nak beza bagai?
benda gosip laju je membawa mulut, menjaja, mengata orang sana sini. bila nak bagi informasi berfaedah, mana pegi mulut tu, mana? simpan untuk bakal suami cium ke cmne?
selama ni aku tak pernah tegur, bila aku tegur, terus masam muka, tarik muka seketat nya, senyap tak bercakap masa aku ada. kau lagi pandai agama dari aku, so tell me, aku yang konon dangkal akal ni, elok ke berperangai serupa tu? aku cuma tegur, at least bagitau aku, inform kata ada orang nak pakai, nak guna bilik dan alatan yang sama. ini tidak, kau dengan staf buat pact belakang aku dengan sv kau, pastu kau expect aku dgn sv kau nak terima? nak kata otak takde, student 1st class. benda simple je. aku tegur baru, belum aku marah. agaknya kalau aku marah, mau dia mengadu kat pengurusan kampus suruh buang aku dari lab ni. takutnya aku dengan manusia macam ni, baik di luar, di dalam amboi, susah nak kata sbb aku tak nampak zahir.

aku doa yang terbaik untuk orang macam kau. semoga kau nampak jalan macam mana nak habiskan study. doa, kalau tak ada usaha, jangan harap ada hasil yang bagus.

aku dah fed up totally dengan kau, ikutlah kau nak buat apa lepasni, ada masalah, settle sendiri, itupun kalau kau mampu. selama ni semua problem kau, aku yang kau kata kurang ajar ni lah yang tolong troubleshoot.

kalau tak mampu nak terima teguran, jangan harap kau nak berginjak dari tempat kedudukan kau sekarang. duduk lah kau mereput kat situ dengan ego kau dan perangai bodoh sombong kau tu.

2 comments:

  1. Marah betul ni.
    Sabar.
    Cikgu aku dulu cakap, sebanyak mana pelajar belajar dari gurunya, banyak itu juga gurunya belajar dari pelajarnya...
    Dengan pengalaman sebegini, kau ada pengajaran tentang ekspektasi kehidupan, kan?
    Bak kata orang, darah sama merah hati lain-lain.
    Just be the best you you can be.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marah tu tak banyak, maybe 10%.. kecewa tu lagi banyak. And kecewa lagi sakit dari marah, so yes. Benci tau bila kecewa ni.

      Delete