Sunday, January 18, 2015

Masalah bila pembaca novel tegar kena tulis paper ilmiah


Assalamualaikum, good day to all!

Minggu ni takdak new year challenge, sebab minggu lepas failed so semangat tu kurang, padahal memang dah selamanya kurang semangat haha. Lagipun minggu depan 26th-28th kena meeting dengan sv, so takdak masa nak ber challenge disebabkan banyak report kena siapkan. macam biasa, sebulan sekali kena pegi menghadap big boss, masa ni kena buat preparation banyak sikit, demi masa depan yang lebih selesa.

dah sebulan lebih sv tak call dan cari, since dia sibuk. since sem dah habis, dia pun macam teringat macam macam benda, antaranya adalah ada student dia kat usm hahaha.

so, after 3 minggu idle, duduk saja, menganga depan laptop, online sampai sakit mata, tidur sampai lebam, dan makan sampai perut keras, aku kena start buat balik kerja tertangguh, antaranya kena habiskan tulis paper.

cerita tulis paper ni sebenarnya, dah 2 tahun lepas punya cerita. labwork yang kena report tu pun yang undergraduate research dulu. tahun 2012 punya labwork. tahun 2015 baru ada kesedaran nak habiskan tulis paper. walaupun dah 2 kali buat draft writing.

antara komen draft writing yang aku dapat ialah, tulis macam tulis cerita novel. tak ada continuity antara sentences.

kesimpulan dia, tulis entahapahapa.

aku dari dulu ada masalah menulis. tak suka tulis factual things, terutama thesis publication apa semua ni. aku rasa semak. dahlaa kena tulis factual only, tak boleh report benda tanpa backup dari publication lain. jadinya sangat rasa restricted. nak keluar idea kreatif langsung dicaras oleh suara sv yang bergema gema mengingatkan aku pasal prove and support from previous researcher. apa saja yang nak ditulis perlu datang dengan citation dan back up yang bagus. jadi, satu ayat ambil masa dalam 3 jam baru dapat tulis dengan konfiden, grammar betul, dan bukti kukuh. berserta references. 3 jam tu aku boleh habis baca satu novel tau takkk!!~

lepastu, aku selalu kena komen english pasar. english aku pakai tak sesuai guna dalam publication. dalam erti kata lain, tak cukup skema. aku pulak jenis suka guna ayat berbunga, nak bagitau satu benda je, tapi ayat dia sampai lima baris, haa gitulah.

maka, sekarang ni aku dalam agony yang sangat dahsyat kerana aku ada benda nak tulis, tapi aku takdak supporting evidence yang power, dan aku confirm ayat tu kena highlight merah bila aku dapat balik draft 3 aku ni. pastu nanti mesti ada sticky notes yang tulis "mashy nak cerita apa sebenarnya ni?" dari sv aku. see? stress sungguh tau. dahlah aku ni memang kuat berangan, so memang susah nak tulis factual things.

dulu, masa tulis thesis degree, thesis aku paling nipis. 50 pages je. orang lain tulis sampai tak cukup kertas, aku rilek je tulis sikit. nasib baik dapat A. itu pun sebab external examiner aku jenis tak terlampau skema. ada kot lima baris je kena telinga gajah dengan dia. sv sendiri? toksah cerita, penuh dengan tanda pen merah.

maka, macam mana nak present draft ni next week?

3 comments:

  1. bersabar ya and good luck! btw done follow ur blog :) - Noob

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar tu perlu, tapi susah mak aii nak buat. thank you, harap sabar baca karangan bm tiap minggu

      Delete
  2. hahahha.. kenapa pembaca novel tegar tak boleh tulis continuity antara ayat?
    koh koh koh

    ReplyDelete