Thursday, February 12, 2015

kisah umur dan kebarangkalian kahwin

Assalamualaikum
lepas beberapa minggu melangut dan melongo, akhirnya, aku dah dapat sambung labwork, dah dapat start treatment, dah dapat kumpul balik data. terima kasih pada semua yang membantu keluarkan aku dari slump sebulan aku tu. heaven sangat perasaan bila tau esok datang lab boleh collect data, boleh buat treatment. sebab tulah weekend ni aku duduk steamed dekat lab. buat apa yang patut, start balik buat dari zero. sungguh. dari zero. macam nak nangis, tapi dah suratan, aku terima jelah. punya panjang intro aku, padahal aku nak cakap mengenai perkara yang lain. hahaha.

aku secara rasmi belum masuk 24 lagi. ada beberapa bulan lagi. maka, aku selalu anggap aku 23, dan kebetulan aku paling muda dalam lab sini, maka, aku dimanjai dengan bersungguh sungguh oleh kawan kawan aku. kebetulan, kawan kawan aku yang sekarang *read:dekat lab ni* dia punya mindset jenis alpha female, so kahwin tu bukan menjadi topik pilihan kitorang. tak pernah lah lagi setakat ni, aku pegi makan dengan diorang dan diorang mengeluh, " bila lah nak kahwin, bila lah boyfriend nak masuk meminang, bila lah boyfriend nak muncul" dan sebagainya. selalunya perbualan kami lebih kepada masalah dunia, atau pasal next vacation, atau angan angan kitorang (kami jarang berangan pasal kahwin, aku pun tak sure kenapa)

situasi paling close dengan perbualan kahwin adalah pasal drama tv, pasal hero tv tu punya watak tak logik langsung dan perempuan tu berlakon macam kayu dan sebagainya.

ada satu lagi group kawan aku, yang memang pandang isu kahwin ni isu berat. bagi dia, umur 24 ni sepatutnya dah kena ada calon. 25 kena tunang, 26 kena kahwin, 27 ke atas kena ada anak. boleh dikatakan macam tiap kali aku jumpa diaorang, soalan utama mesti kena tanya, takde ke doktor berkenan dengan aku lol

aku selalunya elak cakap pasal ni sebab aku rasa macam tak cukup umur lagi nak bual pasal kahwin apa semua ni. sungguh aku rasa out of depth bila cakap pasal nak kahwin, macam nak demam pun ada kadang kadang. tapi, oleh kerana aku asyik ditanya dengan serius sejak masuk tahun baru 2015 ni, pasal calon, aku jadi risau jugak, gaya orang tanya aku tu macam lambat dah aku ni, kalau tak kahwin tahun depan, gila, haa cam gitulaaa aku rasa.

aku rasa aku belom tahap desperate lagi lah nak kahwin ni. bukan taknak, tapi belum perlu, wajib. kahwin tu bukan sehari je, lama, sampai habis umur. so, tak boleh laa nak main tangkap muat. sejak relationship failed lebih kurang dekat 2 tahun lepas, memang aku blocked terus part yang boleh membawa kepada hubungan, perkahwinan, dan yang seangkatan dengannya. bukan sebab aku duk feeling dekat ex aku lagi, cuma aku rasa cakap pasal cinta ni buang masa. harini kau cakap kau sayang aku, esok lusa sayang kemana, apa kemana, tetiba dah ada girlfriend baru. tak ke buang masa?

tak jugak bermaksud aku tak suka kat orang lain. ada. cuma, sampai situ je aku berani pergi. suka. dah. stop. nak pergi jauh, aku tak berani. nightmare tu duk ada lagi. kalau satu hari, orang yang aku suka, suka balik kat aku, lepastu masing masing sanggup nak consider each other's presence in each other's life, then baru aku rasa aku boleh have another go. crush, sila take note hahahaha

aku selalu nasihat kat kawan kawan yang mana duk single dan susah hati, dalam hidup ni, ada manusia dijadikan kuat untuk pikul tanggungjawab yang banyak, jadi isteri/suami, jadi anak, jadi warganegara yang berbakti pada negara dan sebagainya. ada sesetengah manusia, dijadikan cuma mampu buat satu benda dalam satu masa. therefore, mungkin kita yang masih bujang ni, ditakdirkan untuk memberi, berbakti sebagai individu. bagi aku sendiri, aku belum fit untuk jadi isteri orang lain. sebab apa? simple. bangun pagi pun still problem, masih lagi merungut macam big baby bila kena suruh bangun buat breakfast, masih lagi malas gosok gigi. masih lagi tunggang langgang hidup, macam orang nomad pun ada kadang kadang.

tak semua orang outspoken perlu kahwin awal, tak semua orang yang sambung study akan terus membujang, tak semestinya tak boleh belajar sambil kahwin.
benda ni sebenarnya ikut kemampuan kita, dan ikut siapa yang jadi pasangan kita. kalau that person is worth the pain and suffering, why not? bak kata sv aku.

rezeki, jodoh, ajal, semua tu dah tertulis. yakin je. kalau kau memang nak kahwin dah sekarang, tapi belum lagi masa dia, takkan kahwin jugak.
benda macam ni kita tak boleh jangka, mana tau kejap lagi nak balik rumah, terserempak jodoh kat pasar malam?? haa, kita tak tau.

jadi, secara kesimpulan, sabar lah. ada tu nanti, bila bila. kalau tak ada pun, aku pasti, ada benda lain yang Dia ganti untuk kita.

4 comments:

  1. Aku perasan trend org yg sibuk nak kawen ni byk kena dekat perempuan yg dah nak masuk mid 20...
    Ada kawan aku siap terasa peer pressure lg sbb org keliling duk tanya bila nak kawen. Last2 dia rembat je mana2 laki yg dia rasa boleh jd laki...
    and make me wonder, dia punya nak lepaskan desakan org smpai sanggup main redah je pilih sape2 ntah utk dijadikan teman seumur hidup...Tak berbaloi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berbaloi..terutama bila pakai tangkap muat je..lepas mid 20, masuk early 30 mula macam macam hal timbul..itu yg aku duk cakap kat kawan kawan aku but then, nasihat aku selalunya tak berapa dipakai

      Delete
  2. kalau org tanya pasal kawin..kau tanya berapa dia nak sponsor..

    ReplyDelete