Sunday, March 8, 2015

kisah telur ayam yang akhirnya menjadi ayam dalam mimpi

Assalamualaikum, hello lovelies~! yang tak berapa nak lovely pun boleh je jawab salam. aku kira pukal lah ni, semua pun lovely. aku baru lepas busy. haha. mukadimah tu nampak tak nampak tak? tapi sungguh busy pun, sampai tahap aujinz update blog pun tak sedar. hah, bukti kukuh mengatakan bahawa memang busy.

sebelum aku ke isi karangan pertama, meh aku bagi pendahuluan berbentuk gambar rajah berikut:

gambar tu dua dua pun aku, yang atas is the recent, dalam bulan lepas macamtulah, yang bawah is two years ago. ok, apa yang korang kena tengok disini adalah saiz, bukan aku lawa ke tidak, mahupun aku comel ke tidak, sebab memang aku termasuk dalam golongan lawa dan comel. sekian, terima kasihlah, susah je puji. hahahaha. 

ok, dah tengok kan saiz aku? dari dulu, memang aku saiz xs. saiz pinggang 24-25 je dari sekolah sampai dah jadi wanita ni, cehh. jadi, bila saiz aku kecik macam ni, aku jenis tak berapa peduli pasal makan, aku sedut semua, lemak, tak lemak, kalori tak pernah kira, manis masam semua aku telan. kecuali sayur, aku makan timun je. tapi berat aku maintain 39-40 kg. pernah jatuh sampai 30kg, masa tu rasa macam melayang layang je. hahaha. 

nak dijadikan cerita, housemate aku kan nurse, maka dia bawak balik tube darah, and ambik sample dan buat test. basic je, renal test, gula, kolesterol gitu je. aku memang tau test aku mesti semua tinggi, nak jaga makan betul betul pun nanti test keluar jd false positive buat apa kan, maka, sehari sebelum test tu aku makan kfc, dengan air pepsi large 3 gelas. gelas standard tu lah. aku memang suka air berkarbonat ni, seminggu sekali kena minum, baru rasa macam manusia. 

test result keluar, gula aku paling rendah antara semua orang, 4.5 je. kolesterol aku rahsia, tapinya memang paling tinggi antara semua orang, renal test naik sampai 400+, kurang air lah maksud dia. yang lain okay je. 

so, kesimpulan dia, aku memang kena diet. sebabnya kolesterol tinggi, heart function problem nanti masa dah tua. pastu nanti kena stroke, dan macam macam lagilahh. lepas tengok result test, maka kami sekalian rumah pun start lah diet, makan nasi siang sahaja, siap makan oats, dan kurangkan pengambilan telur ayam dan telur telur lain. 

masalah aku mula kat sini, aku tak boleh diet. bila aku ikut diet ni, makan buah, makan nasi siang je, makan yang sihat sihat, masuk petang, tangan aku ketar, gula tak cukup. nak lagi power, berat aku turun sampai 38 kg. lepas aku consult dr kat rumah dan nurse semua, diorang cakap, tak payah laa diet, just elak makan telur je. masalahnya, aku suka gila dengan telur~! kalau masak takde telur, rasa macam tak sedap, bila makan megi, telur goyang siap dalam kuah megi. depression terus aku bila aku kena berpisah dengan telur. tapi, sebabkan nak sihat, maka, aku diet lah jugak, diet telur. pastu jogging seround dua kat usm. bila sempat je, bila sibuk makan apa yang ada depan mata, jogging atas katil je. 

so, sekarang ni tengah withdrawal syndrome from eggs. tapi yang lain aku makan semua. 

itu je pun aku nak cerita, cerita pasal aku teringin makan telur separuh masak bubuh kicap dengan garam. nyamm sedap~!

6 comments:

  1. Meh sini, orang tengah sedap jer sedut telur separuh masak dengan kicap dengan lada sulah.. perghh.. sedap baq anggg.... wkwkwkw

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. rilekslah... jangan sampai tensen dua kali.. ermmm dapnya telur separuh masak dengan kicap dan lada sulah.. koh koh koh

      Delete
    2. Hahahahahaha nampak tak punya jahat sampai keluar 2 kali hahahaha

      Delete
  2. Tu laaa...Kan dah suruh jaga pemakanan...hehehe

    Btw, kirim salam kat housemate kau yang nurse tu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila suruh jaga bila??
      kirim salam sendiri, malas campur hahaha

      Delete