Assalamualaikum :)
Sebelum ke isi utama dan isi isi penting, aku rasa perlu untuk aku letak disclaimer disini. Tujuan entri ni hanyalah untuk aku menyuarakan pandangan peribadi berdasarkan pembacaan dan penyelidikan aku setakat hari ini. Sekian, terima kasih. Ok, boleh start ke isi nombor satu.
Sebelum ke isi utama dan isi isi penting, aku rasa perlu untuk aku letak disclaimer disini. Tujuan entri ni hanyalah untuk aku menyuarakan pandangan peribadi berdasarkan pembacaan dan penyelidikan aku setakat hari ini. Sekian, terima kasih. Ok, boleh start ke isi nombor satu.
Entri lepas aku sentuh mengenai pendapat aku pasal kekurangan pendedahan orang ramai terhadap penyakit barah/kanser/cancer. Atas permintaan, dan sebab aku memang tengah study the biology of the disease, maka, aku share sedikit sebanyak apa yang aku tahu, supaya ilmu berkembang dan makin ramai yang tahu. Dan aku juga cuba untuk guna bahasa baku yang mudah, supaya niat dan maksud aku mudah sampai. hahaha.
Kalau kita nak bercakap mengenai macam mana nak mengelak dari kena barah ni, payah sikit. Bukan tak boleh, tapi, kalau dah berhati hati, tapi nak jadi juga, tiada yang boleh menghalang kan? Jadi, apa yang kita boleh buat sebenarnya?
Ramai yang tahu mengenai anti-oksida, tapi ramai yang kurang faham apa sebenarnya yang membuatkan anti-oksida tu bagus. Salah satu sebab barah berlaku adalah kerana free radical, which is dalam kes ni kita klasifikasikan sebagai the bad one. Anti-oksida ni secara mudah, menghalang pengoksidaan free radicals tadi, dan seterusnya mengurangkan risiko barah. Jadi, sangatlah baik untuk kita untuk mengamalkan diet anti-oksida, maksud aku kat sini, selalulah ambil makanan yang mempunyai anti-oxidant properties.
Exposure to free radicals ni sangat susah untuk kita kurangkan, dia datang dengan pakej pembangunan dan kemajuan zaman. Benda benda yang kita boleh elak macam pemakanan, tabiat (*merokok terutamanya) dan senaman secara berpanjangan tu lebih logik untuk diamalkan.
Kenapa bersenam tu bagus? Bersenam adalah satu cara untuk buang benda benda yang tak elok (*excrete). Bersenam selama sejam selepas merokok boleh kurangkan kesan karbon monoksida dalam paru paru. Berpeluh boleh melancarkan sistem beredaran darah, dan macam macam lagi, selain dari nak kurus. Sebab tu aku juga bersenam regularly, untuk jaga stamina dan untuk general health. Diet kita selalunya varies, makan fast food, makan additive, chemical semua. Jadi, all this things yang kita consume kena keluar dari badan.
Satu benda kita perlu sedar, barah terhasil dari perubahan molekul dalam pelbagai tahap; protein, genetic, epigenetic. Ada pelbagai sumber yang boleh menyebabkan perubahan molekul (*molecular alteration/mutation). Bukan setiap kali berubah, kita akan kena barah, tapi perubahan molekul tu, kalau kita kumpulkan, akan menyebabkan perubahan yang besar terhadap fungsi gen. Dan seterusnya menghasilkan barah. Maka, makin kurang kita terdedah kepada perubahan molekul, makin kurang risiko kita untuk menghidap barah.
Ada juga yang dilahirkan sebagai pembawa gen barah. Tapi, kalau nak bagi pendapat secara individu pasal hal ini, aku lebih risaukan mengenai yang dapat barah melalui mutation. Sebab apa?
Bila ada perubahan molekul, ini akan membawa kepada variasi diagnosis, prognosis, dan cara rawatan. Dua individu yang menghidap barah mungkin tidak boleh disembuhkan dengan ubatan yang sama. Sebab apa? Perubahan molekul berbeza. Ini sebenarnya batu besar dalam kemajuan sains perubatan, pada pendapat aku. Macam kemoterapi, ada sesetengah pesakit bertindak balas positif dengan koktel, ada yang tidak. Ada sesetengah kes, prognosis is very poor, setahun pun tak boleh bertahan.
Dalam banyak banyak publication yang aku dah baca, semuanya mengaitkan merokok sebagai penyebab utama barah paru paru. Bila aku utarakan pendapat ini, aku digelakkan, yang gelak tu pulak abang aku sendiri. Tidak dapat dinafikan, peak untuk barah paru paru adalah selari dengan peak trend merokok. Bila perokok menghidap barah paru paru, prognosis akan jadi poor. Makin sukar disembuhkan, sebab sekarang kita ada dua jenis mutation; satu mutation akibat merokok, satu lagi mutation hasil dari mutation akibat merokok.
Untuk bagi penutup, aku simpulkan apa yang aku dah bebelkan kat atas ni. Sebagai manusia biasa, kita hanya mampu berusaha, dan berdoa. Antara usaha usaha yang boleh dibuat termasuklah menjaga pemakanan, elakkan makan makanan ringan, makanan siap proses, banyakkan makan makanan yang boleh membantu badan kita recover dari the effects of chemicals. JANGAN MEROKOK. Semua publication yang aku baca, tak ada lagi kebaikan merokok ni, so baik tak payah. Sentiasa monitor performance badan kita; berapa kali kita buang air sehari, contohnya. Alert dengan tubuh badan sendiri, check sama ada kita ada any foreign bulge yang tak sepatutnya ada, atau memang benjol tu memang ada tapi extra besar ke apa ke. Jangan cuma harapkan doktor untuk bagitahu kita pasal diri kita. Tubuh sendiri kan, sendiri lah jaga dan sayang. Jangan tunggu sampai 30 an atau 40 an baru nak start jaga dan sayang, masa tu mutation dah banyak. Jaga dari awal. Sakit tak kira umur. Jangan salahkan takdir bila kita sakit, kalau kita tak pernah sekali pun hargai dan sayang dengan tubuh badan sendiri. Last sekali, doa lah supaya kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Dah usaha, baru boleh doa. Ini usaha tak, doa sahaja pun tak boleh juga, salah konsep.
Itu sahaja bebelan aku kali ni, sekian terima kasih. Oh ya, entri lepas aku cakap avengers mutate kan? salah tu, x-men yang mutate, avengers lebih kepada orang kaya yang boleh terbang, pemanah yang hensem, awek cun yang body dia meletup, dan lain lain. hahahahaha
Itu sahaja bebelan aku kali ni, sekian terima kasih. Oh ya, entri lepas aku cakap avengers mutate kan? salah tu, x-men yang mutate, avengers lebih kepada orang kaya yang boleh terbang, pemanah yang hensem, awek cun yang body dia meletup, dan lain lain. hahahahaha
Out of topic sikit,
ReplyDeletedulu aku pernah terbaca satu artikel ilmiah ni, dia kata yang menyebabkan kita mengidap kanser dan menjadi tua adalah oksigen.
So untuk tidak menjadi tua dan tidak diserang kanser, jangan consume oksigen.
But as we all know, oksigenlah keperluan asas untuk hidup. So nak tak nak kita tak boleh lari dari oksigen.
Ironi kan, oksigen digunakan utk hidup, tapi dalam masa sama oksigen membunuh kita dengan perlahan...??
secara logiknya, betul lah idea oksigen ni, since oxidation and reduction requirement dia ialah oksigen. natural law memerlukan kita untuk give and take. so, mungkin this is it kot, the give and take part
DeleteMasyarakat dh salah faham konsep ni. Ingatkan mutasi tu satu kebaikan, yelah mcm superheroes tu semua. Kakakaa.
ReplyDeleteGua dah mula amalkan makanan anti-oksida dan rajinkan berdetox. Barah dah macam demam sekarang ni, senang betul nak dapat. Gulp.
Baguslah diet sihat tu, kalau boleh tambah senaman sekali barulah makin menjadi jadi sihatnyaaa
DeleteBaguslah diet sihat tu, kalau boleh tambah senaman sekali barulah makin menjadi jadi sihatnyaaa
Deleteyes, memang pemakanan perlu dijaga, but somehow kena exercise jugak supaya badan lebiih sihat dan kuat. Bila exercise, stamina pun meningkat.
ReplyDeleteDulu-dulu pernah makan satu protein shake, tukang jual tu sibuk cakap minum je benda tu tak payah exercise dah boleh kurus.-__-. Ye kurus dan lembik, tak kuat..