Wednesday, July 22, 2015

ucapan hari raya

Assalamualaikum semua. Masih belum terlambat nak mengucapakn selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada korang semua kan? Setelah almost 3 months senyap tak berkutik, ada lah jugak benda nak post, itu pun sebab raya. Raya tahun ni best. Sebab cuti raya lama, dari 10 hb sampai 21 hb. Jangan tanya macam mana aku dapat cuti lama sampai macam tu. Need to pass 2 dragons and a lake full of volcano's lava baru dapat. Since cuti lama, aku sempat lah cure a few cravings, antaranya aku dapat solat teraweh sampai habis tanpa ponteng, kecuali ponteng wajib. Dua tahun dah aku tak teraweh kat surau rumah aku. Tahun ni dapat laa jugak join, walaupun cuma empat kali. Lepastu dapat juga buat kuih raya, dua jenis. Sedap, alhamdulillah. Habis dah, tinggai habuk gula je biskut raya nye. Walaupun rasa macam nak ponteng puasa masa duk buat biskut tu, lemah rasa, hahaha. Baju raya sempat siap sehari sebelum raya, nasib baik. Dapatlah jugak aku tengok baju raya nye. Tudung raya tak match dgn baju, tapi aku peduli pulak kan benda macam tu hahaha. 

Hari raya haritu masak nasi tomato, menjilat bontot periuk sedapnya. Bukan nasi, tapi air asam mak aku buat. Nasi tu mcm kureng sikit, lemak tak cukup. Tahun ni raya semua buat simple je, lauk raya pun buat sikit je. Rendang mak aku buat punya sedap, sampai ke malam aku duk makan rendang lagi. Sebabkan cuti lama raya ni, maka sempatlah aku join bbq raya dengan kawan kawan. Perangai buruk zaman sekolah semua keluar bila jumpa. Bayangkan lah jumpa last masa tahun 2008, punya lama dah tak jumpa. Sampai skandal zaman sekolah dulu dah kahwin pun baru tau. Tahun depan bbq raya masing masing bawak anak pulak, hahaha. 

Raya tahun ni, soalan paling banyak orang tanya ialah, "bila hang nak graduate?" Macam biasa, aku jawab tahun depan, haha. Last year orang tanya, aku jawab tahun depan jugak. Ulang jawapan tu je. Nasib baik tak perasan yang aku recycle jawapan. Ada makcik yang tanya aku study apa, aku pun pegi cerita research aku, last last makcik tu pening, takmau tanya dah. Hahahaha, siapa suruh tanya, aku bukan boleh berhenti bila bercakap ni. 

Oleh kerana post ni adalah post raya, maka aku akhiri dengan ucapan raya aku tahun ni: 

Saya, Mashytah abdul karim, dengan rendah hati, menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan dari anda semua andai sepanjang 24 tahun hidup saya, dan sepanjang perkenalan kita, ada tersinggung dan terasa hati dengan perkataan dan perbuatan saya. Yang mana sebelum ni ada buat salah dan silap dengan saya, saya maafkan anda semua. Hidup ni cuma pinjaman, mana tahu, tak sempat minta maaf, esok lusa dah gone, kan susah. Optimistik kan? Sebab baru balik dari kampung, so perangai elok sikit hahahaha. Gambar raya tak ada, yang ada pun gambar perangai macam tak cukup umur dengan kawan kawan sekolah, yang lebih baik disimpan sebagai kenangan je. Bye~!

4 comments:

  1. Selamat hari raya :)

    Anggap laa cuti raya ni sebagai escape plan sementara nak menempoh cabaran yg mendatang yang dah tentu tension tu.
    Aku pun nak mintak maaf andai ada salah silap pertuturan dan perbuatan.
    Mungkin kalau ada tu tak sengaja pun sebenarnya...hehehe

    Selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya gok CheTa kosong kosong kosong kosong kosong... koh koh koh...

    Ambe pun tak banyak gambo raye. Yang ade pun stok untuk buat kenangan jer.. sebulan dua lagi delete sebab nak kosongkan handphon.. koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh, abe ojinz kecek klate ke dgn ambe? Hahahaha, ambik gambar perut, nak kasik bukti gemuk balik lol

      Delete
    2. Aduh, abe ojinz kecek klate ke dgn ambe? Hahahaha, ambik gambar perut, nak kasik bukti gemuk balik lol

      Delete