Assalamualaikum semua~!
Akhirnya, selepas beberapa kali dia buat poll kononnya nak selamatkan blog dia yang lagi satu, aujinz tutup jugak clueless mumble. Mak oii sedih sat. Mengapa aku sedih? Sebab aku attached betul dengan blog tu. Aku rasa aku antara segelintir je kot yang sedih bila dia tutup, sebab orang macam tak layan sangat blog tu. Tak sempat aku nak pegi buat last time visit sebelum dia tutup, alih alih tutup dah aii. Since aku die-hard fan, maka, marilah kita buat trip down memory lane sikit. Untuk blog, bukan untuk writer dia. hahaha.
Aku first time diperkenalkan dengan cluless mumble, masa aku first year degree, end of year 2010. First time aku visit blog tu was masa birthday writer dia, Christmas Day. Masa tu anak buah aku kata, 'usu, hang nak tengok benda best tak? *gaya macam nak suruh aku tengok benda benda haram*
masa tu aku ada blog, tapi aku mostly idle, main isap jari lagi. jadinya, lepas aku belek belek, aku pun follow. itu pertama kali aku folo orang yang aku tak kenal. macam aku cakap tadi, aku mostly masa tu duk main jari lagi.
Benda paling eye-catching bagi aku, ialah dia punya disclaimer. something pasal bahasa dalam blog ni tak boleh pakai untuk exam. mungkin masa tu aku punya standard lawak rendah ke macam mana ke, benda tu saja buat aku gelak sampai leleh ayaq mata. Bagi aku, clueless mumble tu macam cerita dongeng, sesuai untuk semua golongan masyarakat. content dia biasa biasa je, cara delivery dia yang lain. kalau baca blog satu lagi, oleh writer yang sama, macam baca dua benda lain yang sangat berbeza, macam tak percaya writer dia orang yang sama. mungkin payah kot nak manage dua benda yang lain, so, writer dia pun aku rasa macam ada krisis identiti kejap sebab before dia decide nak tutup, dia banyak update blog lagi satu. mungkin jugak sebab idea dia kering untuk clueless mumble. macam aku kata, clueless mumble dia punya theme sangat suci dan bersih, macam cerita dongeng.
awalnya aku ingat clueless mumble tu tempat dia release cartoon, and blog satu lagi tu tempat dia buat benda benda lain, macam cooking and stuff. lama lama, bila dia macam dah femes, dia release cartoon dia kat blog lanun. so, aku macam jadi emo sikit lah. macam, ini tidak adil~!! *standard lah die hard fan memang perangai macam pelik kan*
walau banyak mana pun blog baru yang keluar, aku tetap paling suka clueless mumble, kalau aku compare dari segi mana pun, clueless mumble akan menang. aku juga antara orang yang dapat tengok evolusi pelukis dia, dari tahun 2010 sampai hari ni. walaupun dia dah tutup, dia tetap dalam kategori top 3. yeahh~!!! writer dia kata nak update kat instagram mula mula tu, aku siap buat account instagram baru lepas aku delete yang lama hahahaha. ni dia cakap nak update kat facebook fan page, tak update siaplah, aku sentiasa tau bab bab update ni.
So long, goodbye clueless mumble.
hahahahaha.. janganlah emo CheTa.. nanti saya update kat Fanpage ok.. wkwkwkw.. XD
ReplyDeleteAmboi, kemain die hard lagi ni.. kena hargai satu satunya kipas keras ni.. koh koh koh
ingat nak buh button yang haritu, pastu cari balik tgk button dah hilang aiiii isss saddd
DeleteHahahaha...
ReplyDeleteAku tau Cluleess Mumble pada waktu dia dah slow update dah...
So tak attached sangat.
Tapi kenapa nak tutup? Biar je laa ada dan tak berupdate supaya orang lain boleh jugak bukak dan layan?
Jawab Ojin, jawab...
Yang aku tau, dia jd busy, banyak projek lain, and lepas origami biru, dah jarang ber update..origami biru tu pun dia update sbb org ramai bising nak sambungan hahahahaha *kipas tolong jwb bagi pihak*
Deletewkwkwkkw... memula nak bior gak bukak, tapi sedih laa plak nampak terbior jer... so, aku buat keputusan nak tutup. Tanya kat fanpage pun, takde sape jawab.. kakakakaka... nampak sangat tak best
Delete