Thursday, August 20, 2015

perangai perempuan yang perempuan sendiri menyampah

Assalamualaikum semua.

Pernah rasa perempuan ni memang spesies yang susah difahami? Rasa macam kadang kadang perempuan ni alien? Rasa macam aku pun perempuan juga, tapi apasal aku tak paham dia ni?

YES. PEREMPUAN ADALAH ALIEN SEBENARNYA.

Dalam hidup seharian aku ni, aku kira tidak bernasib baik, kerana aku selalu jumpa perempuan yang perangai macam tah*. Muka licin flawless, tapi menyakitkan jiwa raga aku, mengalahkan sinetron indon. Kawan aku selalu kata, aku ni tak bernasib baik dengan human relations. Ada je perempuan yang datang dan buat tah* di kaki aku dan memaksa aku menderita akibat perbuatan mereka.

Disini aku bagi senarai perangai perempuan yang perempuan sendiri benci dan menyampah

1) FAIL PARKING REVERSE
Ini duduk dalam list nombor satu. Sebab perempuan populasi lagi ramai dari lelaki, maka, secara statistik, lagi ramai pemandu perempuan. Tapi perempuan yang fail parking reverse dan tidak mahu belajar macam mana nak parking reverse lagi menyakitkan hati. Bawak kereta pandai, parking kena laa pandai jugak. Ini tidak, masuk parking, park kereta kat tengah, orang lain nak masuk tak boleh. Bila orang cakap, boleh ni park, tapi kena park reverse, nanti nak keluar senang, dia boleh reply, awak laa park reverse, bagi saya kotak parking awak. Amboi perempuan, nak kena cakar ke macam mana ni? Aku dulu pun tak pandai park reverse, yelah, mana nak ada mata kat belakang kepala. Tapi belajar lah slowly. Tak rugi mana pun oii belajar reverse parking.

2) FAIL TIME MANAGEMENT
Janji nak datang pukul 9am, patutnya pukul 9 dah sampai ye, bukan pukul 9 baru nak pakai lipstick bagai kat rumah. kalau dah agak macam tak sempat, rasa dah, lambat ni, mesej laa sepatah kata, sorry, i might be a little bit late. takde laa aku berapi api tunggu kau tiga pat jam. kalau nak mesej bahasa kampung pun takpe, weh lambat sket, sakit perut, contohnya. ok laa jugak. dah laa kau yang set nak jumpa pukul 9, kau datang lambat, datang je kau sengih macam kambing pastu cakap nak manja manja dengan aku. ingat aku kucing, nak gesel gesel? dalam lab pun macam tu, nak pakai biohazard cabinet pagi, sampai ke petang duk pulun pakai. oi, orang lain nak pakai jugak tau. bukan biohazard tu beli pakai duit raya kau, pakai duit geran, duit cukai rakyat tau. bila tegur, cakap nak manja manja, ingat aku boyfriend kau?


aku tak kata semua perempuan perangai macam ni. ada je yang perangai ok, takde buat sakit hati. masalahnya, aku sentiasa jumpa yang bermasalah, dan selalunya dia akan buat salah satu dari list di atas. perangai yang lain aku tak kisah, nak borak gosip sampai mulut tercabut, aku boleh layan. tapi 2 benda ni memanglah aku benci. kau nak manja dengan family members, dengan boyfriend, tak kisah, tapi aku ni bukan boleh terima sangat orang nak manja dengan aku ni, lagi rasa nak pukul ada lah. dah buat aku tunggu sejam, datang sengih macam tak bersalah langsung, kena marah dengan aku mula lah nak mengadu, ayat nak sedih,"salah teruk sangat ke sampai nak marah kite macam ni?" itu nama dia memang mintak tangan. tak menyesal langsung.

kesimpulan dia, aku nak cakap, jangan ingat kau comel, bila kau salah, kau boleh mengada sikit dan tak kena marah. lagi aku rasa nak marah tau? ok, bai.

3 comments:

  1. 1. Tahi bukan perkataan teruk pun, tulis je terus tahi. Hehehe

    2. Tak pandai reverse parking adalah satu contoh yg (pada aku) menguatkan lagi hujah aku bahawa perempuan pun sama ego dgn lelaki. Like u said (wrote) tak rugi pun belajar reverse park, drpd menyusahkan 10 orang yg lain. Sbb tu aku gelak je bila ada perempuan guna istilah 'lelaki ego besar', mcam laa perempuan tak besar....hahaha

    3. Punctuality ialah masalah sejagat. Entahlah. Aku consider diri aku punctual sampaikan kalau aku lambat aku rasa sangat bersalah dgn org yg menunggu. But pada certain orang, masa tu macam main-main je, nak tepat ke tak ke tak kisah. Satu je tips aku utk masa; kalau tak pandai hargai masa sendiri, janganlah sampai tak hargai masa orang lain. Masa itu hak semua orang, bukan kita sorang je.

    4. Kudos utk kau sbb berani cakap perkara macam ni, mengkritik jantina sendiri.
    Certain perempuan sangat ego sampai tak suka nak sentuh langsung keburukan kaum sendiri walaupun terang2 ianya dah jadi masalah.

    **tepuk tangan**

    ReplyDelete
    Replies
    1. two wrongs does not make a right; maka kalau salah, tak kira lah lelaki atau perempuan, kena mengaku salah. 1st rule of happy life. pernah je kena marah pasal parking dgn lelaki, terima jelah, dah betul dia ckp, pastu mengaku jelah, tak pandai sangat park reverse. malu simpan dalam poket dan balik belajar park reverse sampai pandai.

      Delete
  2. Belajar parking reverse x susah mana..tp belajar side parking susah. Sebab time nk try side parking je ada kete kt belakang tgu kita settle parking...smpai skrg aku x brp reti side parking. Kadang2 x cukup rapat ke tepi. Tambah pulak bawak kereta mcm2 jenis. Susah nk bajet...

    Yg bab masa tu, lelaki ke perempuan pun sama je. Kalau x tepati masa dan nak kena tunggu dia sampai berjam2, memang annoying gila la..

    ReplyDelete