Sunday, March 12, 2017

pre planned holiday

baru baru ni, cousins aku ajak pegi holiday. aku pun on je, sebab dah hooked on pegi berjalan kan ahaha. aku ingatkan bulan depan ke nak pegi rupanya diorang plan tahun depan bulan 3. Pergh, gila lama lagi!

siap ada group whatsapp, plan bajet bagai. lagi sekali, pergh!

aku bab pre-planning ni lemah. sesungguhnya top 3 benda paling aku tak suka buat. aku ni jenis yang seize the moment (cehh!) punya orang so bila aku kena plan untuk setahun akan datang, aku jadi mcm clueless gila gila.

nasib baik, aku ada cousins yang boleh diharap dan bagus bab bab planning ni. so, kerja aku hanya menabung (ni pun dia yang handle, aku just transfer je kat dia every month) dan mintak cuti untuk pegi holiday. that's it. dari cari flight, plan timing, plan itinerary, plan duit nak bawak berapa kepuk, plan homestay, sampai tahap planning nak makan apa semua cousin aku buatkan.

sumpah aku tak reti bab planning ni. haritu masa first ever solo trip (yang aku tak move on sampai ke harini) aku tak fikir banyak pun, aku beli ikut hati je.

cuma, aku tahu laa aku pegi sana aku nak apa. then aku work on that je, macam haritu, aku nak duduk hotel best and nak pegi island hopping. so dapat lah dua dua. walaupun aku kena jalan kaki dalam satu km nak masuk ke area hotel tu.

there are a lot of things that can go wrong with a holiday sama ada kau plan atau tidak. cuma, atas kau lah macam mana nak tengok benda tu. aku jenis redho je, pegi then work from there. maybe stail aku ni susah sikit lah, kang kalau jadi apa apa kan payah, kau dah laa perempuan (ini sebijik ayat emak aku) cousins aku siap beli insurance, yang mana aku tak pernah beli (sila jangan ikut perangai ni)


honestly aku takde issues dengan orang yang betul betul particular pasal plan holiday dia. kawan aku ada sorang tu dia siap kira budget dalam dua currency; bila dia tahu aku tak plan apa terus pegi membuta tuli dia macam nak kena heart attack, lol.

cuma aku tak reti bila orang suruh aku buat benda yang sama. kau baca pengalaman orang dengan kau alami sendiri aku macam tak boleh nak relate. so, aku memang cakap honestly dengan cousins aku, aku tak kisah, tapi kau kena handle aku. aku tak pandai plan, kau plan semua aku on je.

nasib baik cousin aku termasuk dalam golongan menyayangi aku sepenuh hati, dia ok je.

tadi saja, diaorang plan nak beli tiket dari pukul 5 setengah pagi sampai 12  setengah tengah hari baru confirm beli. dari aku tak bangun lagi sampai aku nak habis kerja baru ada kata putus. nasib baik beli jugak.

lama lagi oii nak tunggu trip ni ada aku pegi dulu mana mana kang.

No comments:

Post a Comment